21/04/2018 — #pru14 Manifesto BN Perkenal Perkara Baharu, Sasar 7 Kumpulan, Bersandarkan 7 Teras:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Perkara yang dibentangkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) merangkumi 75 peratus adalah perkara baharu dengan berteraskan kepada tujuh tekad yang menyasark Perkara yang dibentangkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) merangkumi 75 peratus adalah perkara baharu dengan berteraskan kepada tujuh tekad yang menyasark Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 21/04/2018 — #pru14 Manifesto BN Perkenal Perkara Baharu, Sasar 7 Kumpulan, Bersandarkan 7 Teras:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

21/04/2018 — #pru14 Manifesto BN Perkenal Perkara Baharu, Sasar 7 Kumpulan, Bersandarkan 7 Teras:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Manifesto BN Perkenal Perkara Baharu, Sasar 7 Kumpulan, Bersandarkan 7 Teras DSD Dr Zambry Abd KadirPerkara yang dibentangkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) merangkumi 75 peratus adalah perkara baharu dengan berteraskan kepada tujuh tekad yang menyasarkan tujuh golongan.

Jelas Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, bagaimanapun perancangan dan perkara sedia ada yang dilakukan oleh Kerajaan BN turut diangkat dalam manifesto kali ini.

“Perlu ada kesenimbungan, namun sebahgaian besar iaitu lebih 75 peratus adalah perkara baharu tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa ia teras kepada kesinambungan yang hendak kita bawa untuk negeri Perak. Kita tidak boleh ketepikan apa yang kita buat pada masa lepas dan apa yang kita telah capai.

“Contohnya kita janjikan perancangan Perak Amanjaya Blueprint. Kemudian seterusnya Perak Amanjaya 2.0…kita tidak boleh kata ia bukan baharu, ia sesuatu yang baharu,” katanya selepas melancarkan manifesto tersebut di kediaman rasmi menteri besar di Ipoh, pagi tadi.

Katanya lagi, manifesto ini bukan bersifat gula-gula, namun ia dicadangkan kepada rakyat berdasarkan kepada pengalaman BN mentadbir dengan didokong oleh kemampuan dan keupayaan untuk merealisasikannya.

Manifesto tersebut merangkumi keperluan semua golongan rakyat iaitu dipecahkan kepada wanita, orang muda, orang kita, orang kelainan upaya, orang taman, orang kampung dan warga emas.

“Manifesto bukan hanya menggariskan gula-gula, tanpa memikirkan tentang strategi pertumbuhan dan visi membangunkan negeri Perak, kita meletakkan manifesto ini berdasarkan misi masa depan negeri Perak, strategi pertumbuhan negeri Perak, selain meletakkan 7 teras utama dan 7 kumpulan sasar.

“Kita adalah Kerajaan yang ada sekarang jadi apa perkara yang kita cadangkan sekarang adalah apa yang kita akan laksanakan dan mampu laksanakan.

“Menjadi harapan agar rakyat dapat melihat bagaimana kita memberi sesuatu yang lebih terperinci dan teliti, bagaimana kita nak bangunkan negeri Perak,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa sesi sidang media.

Antara yang dicadangkan berkaitan orang muda ialah mewujudkan Akademi Insan Muda Amanjaya (AIMAN), inisiatif untuk anak-anak Perak yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mereka serta tawaran peluan pekerjaan ditambahkan menerusi Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

Pada pelancaran manifesto ini lebih daripada 5000 orang hadir yang turut disokong oleh kehadiran kepimpinan parti-parti komponen dan Friends of BN.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top