21/04/2018 — #pru14 Calon Ditetapkan Ikut Kesesuaian Negeri Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penempatan bagi calon-calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) berdasarkan kepada kesesuaian situasi negeri Perak, jelas Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Penempatan bagi calon-calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) berdasarkan kepada kesesuaian situasi negeri Perak, jelas Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 21/04/2018 — #pru14 Calon Ditetapkan Ikut Kesesuaian Negeri Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

21/04/2018 — #pru14 Calon Ditetapkan Ikut Kesesuaian Negeri Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Calon Ditetapkan Ikut Kesesuaian Negeri Perak DSD Dr Zambry Abd KadirPenempatan bagi calon-calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) berdasarkan kepada kesesuaian situasi negeri Perak, jelas Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, beliau menerima kerjasama yang baik daripada kepimpinan tertinggi parti komponen yang memberi ruang kepada pihak negeri untuk meletakkan calon yang pastinya boleh memenangkan BN.

“Diperingkat Barisan Nasional sesiapa yang akan jadi calon, mereka adalah calon BN kita dan kita buat persetujuan yang baik di kalangan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional. Keputusan yang dibuat adalah keputusan kita besama demi memastikan BN memenangi di Perak.

“Di Perak kita buat keputusan berasaskan kepada negeri Perak dan terima kasih kepada pucuk kepimpinan BN yang beri kata putus untuk calon-calon yang akan bertanding pada PRU nanti,” katanya semasa ditemui pemberita selepas melancarkan Manifesto BN di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, Datuk Seri Diraja Dr Zambry enggan mengulas lanjut mengenai soal calon yang mana beliau memberitahu senarai calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita menunggu pengesahan akhir daripada Presiden parti (Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak) dan berharap kita akan umumkan dalam masa terdekat.

“Kita perlu memastikan setiap calon perlu melepasi saringan termasuk bankrapsi, jenayah dan juga kes-kes yang sedang menanti dihadapkan di mahkamah. Kita sangat peka soal calon ini,” katanya lagi.

Dalam sidang media berasingan di Putrajaya, hari ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Beliau memberitahu perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua Pengerusi BN negeri dan ia terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top