20/04/2018 — #pru14 Tugas Baharu Buat Datuk SS:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Tidak mengatakannya secara terus, namun kenyataan yang dibuat memberi isyarat bahawa Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mungkin Tidak mengatakannya secara terus, namun kenyataan yang dibuat memberi isyarat bahawa Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mungkin Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 20/04/2018 — #pru14 Tugas Baharu Buat Datuk SS:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

20/04/2018 — #pru14 Tugas Baharu Buat Datuk SS:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Tugas Baharu Buat Datuk SSTidak mengatakannya secara terus, namun kenyataan yang dibuat memberi isyarat bahawa Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mungkin menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi parti Barisan Nasional (BN).

Pada Majlis Penghargaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memberitahu Datuk Seri Abdul Puhat akan diberi tugas baharu dengan suasana tempat kerja yang baharu.

“Saya tak boleh nak umum. Kita doakan perjalanan Datuk Seri akan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

“Walaupun beliau tidak ada dalam lingkungan kita, beliau tetap berada di negeri Perak. Kita doakan, mungkin juga beliau berada di peringkat pusat sama ada memberikan perkhidmatan di peringkat pusat sekaligus memberi perkhidmatan di negeri Perak,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Datuk Seri Abdul Puhat akan menamatkan perkhidmatannya pada Isnin depan selepas berkhidmat selama tujuh tahun mulai 2011.

Beliau memulakan tugas sebagai perkhidmatan awam pada tahun 1957 dan pernah menjawat beberapa jawatan di Perak termasuklah Pengarah Majlis Sukan Negeri selama tujuh tahun.

“Kita akan kehilangan seorang ketua dan pentadbir negeri yang begitu cekap sekali. penyelesai masalah dalam negeri Perak, sentiasa cekap dengan tugas dilaksanakan,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan BN akan melantik calon PRU14 dalam kalangan penjawat awam dan ini merujuk kepada Datuk Seri Abdul Puhat yang mana kerusi yang bakal ditandinginya ialah Parlimen Parit Buntar.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top