20/04/2018 — Generasi Kedua Felda Harap Tidak Dipengaruhi Hasutan:- Sulong Jamil Mohd Shariff Reviewed by Perak BN on . Generasi kedua Felda yang kini berjaya mengapai kejayaan diharapkan supaya mengenang akan jasa-jasa kerajaan yang membantu mereka untuk menaik taraf kehidupan k Generasi kedua Felda yang kini berjaya mengapai kejayaan diharapkan supaya mengenang akan jasa-jasa kerajaan yang membantu mereka untuk menaik taraf kehidupan k Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 20/04/2018 — Generasi Kedua Felda Harap Tidak Dipengaruhi Hasutan:- Sulong Jamil Mohd Shariff

20/04/2018 — Generasi Kedua Felda Harap Tidak Dipengaruhi Hasutan:- Sulong Jamil Mohd Shariff

perakbn Generasi Kedua Felda Harap Tidak Dipengaruhi HasutanGenerasi kedua Felda yang kini berjaya mengapai kejayaan diharapkan supaya mengenang akan jasa-jasa kerajaan yang membantu mereka untuk menaik taraf kehidupan keluarga.

Oleh yang demikian, Timbalan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff menasihatkan agar kepada mereka yang ‘termakan’ hasutan pembangkang untuk ‘kembali ke pangkal jalan’.

“Mereka ini, apabila sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan kini sudah berjaya, tiba-tiba, serang kita balik. Ianya bukanlah sesuatu yang baik,” katanya yang juga Ketua Peneroka Felda Wilayah Trolak.

Bagaimanapun beliau yakin penduduk Felda di kawasan ini akan memberi sokongan kepada Kerajaan kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Kata Sulong Jamil lagi, penduduk Felda pada masa ini menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa dengan kemudahan memiliki rumah dan kebanyakkan mereka juga kini mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

“Pemberian yang kita dapat ini kita ingat dan kita akan membalas budi kepada kerajaan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita.

Penubuhan Felda antaranya untuk membantu rakyat meningkatkan ekonomi peneroka khususnya yang tinggal di pinggir-pinggir desa.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top