20/04/2018 — DPPM Perak Sasar Kerjasama Dengan Rakan Usahawan Uganda:- Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah Reviewed by Perak BN on . Usaha mengadakan perbincangan dengan Pesuruhanjaya Tinggi Uganda telahpun dibuat iaitu sebagai usaha pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Pera Usaha mengadakan perbincangan dengan Pesuruhanjaya Tinggi Uganda telahpun dibuat iaitu sebagai usaha pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Pera Rating: 0
You Are Here: Home » General » 20/04/2018 — DPPM Perak Sasar Kerjasama Dengan Rakan Usahawan Uganda:- Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah

20/04/2018 — DPPM Perak Sasar Kerjasama Dengan Rakan Usahawan Uganda:- Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah

perakbn DPPM Perak Sasar Kerjasama Dengan Rakan Usahawan UgandaUsaha mengadakan perbincangan dengan Pesuruhanjaya Tinggi Uganda telahpun dibuat iaitu sebagai usaha pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan usahawan negara tersebut.

Yang Dipertuanya DPPM Perak, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah pada pertemuan dengan Pesuruhanjaya itu, Dorothy Samali Hyuha kedua-dua belah pihak bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan sebuah badan atau organisasi persahabatan.

“Ekoran perjumpaan ini, kami akan mengadakan langkah susulan bagi merealisasikan apa yang telah dibincangkan di dalam perjumpaan kami,” katanya yang dipetik menerusi laporan media tempatan hari ini.

Jelas Datuk Muhammad Muhiyuddin, pihaknya berkesempatan menyampaikan taklimat mengenai peluang yang boleh diceburi oleh usahawan dari Uganda itu selaku pengeluar utama kopi, teh, koko, daging dan mineral.

Pada sesi perjumpaan ini, beberapa ahli DPPM Perak diberi peluang memberi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan masing-masingul untuk dipertimbangkan bagi memasuki pasaran negara tengah benua Afrika itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top