18/04/2018 — UTC, 500 Rumah PPR Buat Rakyat Teluk Intan:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak Reviewed by Perak BN on . Pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan membuktikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang b Pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan membuktikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang b Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 18/04/2018 — UTC, 500 Rumah PPR Buat Rakyat Teluk Intan:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

18/04/2018 — UTC, 500 Rumah PPR Buat Rakyat Teluk Intan:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

perakbn UTC 500 Rumah PPR Buat Rakyat Teluk IntanPembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan membuktikan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik lagi stabil.

Perdana Menteri Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengumumkan dua projek tersebut semasa sesi lawatan rasmi ke Perak hari ini berkata, dua inisiatif itu akan memberi manfaat kepada rakyat.

“UTC di Teluk Intan insya-Allah akan dibuat, ia memang program inisiatif kerajaan yang sangat popular kerana hampir 70 juta pengunjung telah gunakan UTC setakat ini. Cerah UTC bukan macam terowong Pulau Pinang yang tidak nampak hujung terowong.

“Projek PPR saya nak umum cari tapak buat dua fasa, fasa pertama (bina) 250 unit dan fasa kedua 250 unit, jadi 500 unit. Saya serah kepada kerajaan negeri dan ahli parlimen untuk fikir tapak yang sesuai,” demikian ucapannya.

Beliau terdahulu merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Jalan Changkat Jong.

Dalam mengumumkan insiatif tersebut, Datuk Seri Diraja Mohd Najib berharap agar rakyat di kawasan ini terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini nanti.

Tegasnya, BN berpegang pada janjinya dan tidak sekadar pandai menabur tetapi tidak melaksanakkannya, seperti apa yang berlaku di bawah kepimpinan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

“Di Selangor pemimpin dapat undi, rakyat dapat baldi, itu la kerajaan pembangkang, jadi jangan la kita kena tipu, orang macam ini tak boleh pakai.

“Dalam sebuah kerajaan dan demokrasi, rakyat perlu membuat pemilihan kerajaan setiap lima tahun. Jadi bila nak memilih ini kita nak apa kriteria? Bukan nak ajar orang Teluk Intan ini tapi sistem demokrasi, kita kena pilih wakil rakyat yang akan beri faedah, manfaat dan keuntungan pada kita,” ujar Pengerusi BN itu.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Ad Kadir dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Datuk Siew Keong berkata, pembinaan UTC Teluk Intan nanti diakui akan memudahkan rakyat bagi melaksana pelbagai urusan.

“Kita akan cari tapak yang bersesuaian untuk pembinaan UTC yang menempatkan pejabat swasta dan kerajaan bagi memudahkan warga Teluk Intan mendapat manfaat,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top