18/04/2018 — #pru14 Pastikan Tiada Bahan Kempen Selepas PRU14 Selesai:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Semua parti dan calon yang akan bertanding semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam membersihkan semua bahan kem Semua parti dan calon yang akan bertanding semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam membersihkan semua bahan kem Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/04/2018 — #pru14 Pastikan Tiada Bahan Kempen Selepas PRU14 Selesai:- Datuk Zamri Man

18/04/2018 — #pru14 Pastikan Tiada Bahan Kempen Selepas PRU14 Selesai:- Datuk Zamri Man

perakbn #pru14 Pastikan Tiada Bahan Kempen Selepas PRU14 SelesaiSemua parti dan calon yang akan bertanding semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam membersihkan semua bahan kempen mereka sejurus selesai pilihan raya itu nanti.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata sempena pilihan raya, pihak calon dibenarkan untuk meletakkan bahan kempen di kawasan yang dipersetujui dan ia pemasangannya perlu mengambil kira aspek keselamatan orang awam.

“Pemasangan mestilah ikut strandard keselamatan yang tinggi. Jangan ambil mudah…nasihat kita ialah tidak merosakkan harta benda awam atau memaku di pokok-pokok yang kita tanam.

“Apabila calon berdaftar bertanding pada hari penamaan calon dia kena kemukakan deposit untuk bahan kempen kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Selepas pilihan raya mereka bertanggungjawab membuka semula bahan kempen mereka dan jika tidak, kita akan ambil deposit,” katanya.

Kata Datuk Zamri, sepanjang pilihan raya yang berlangsung selama ini, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima kerjasama yang baik daripada semua pihak calon dan parti.

“Daripada pengalamana lepas, selepas pilihan raya mereka membersihkan bahan kempen dan semuany berjalan dengan baik,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis abutan bertuah bagi hadiah utama cukai taskiran MBI tahun 2018 di Ipoh.

Pada tahun ini MBI menwarkan kereta Perodua Axia sebagai hadiah utama selain hadiah lain seperti motosikal, basikal, komputer dan peralatan elektrik.

“Sejak Majlis memperkenalkan program Cabutan Bertuah ini, pembayaran Bil Setahun Cukai Taksiran telah meningkat dari tahun ke tahun.

“Sehingga Februari 2018, jumlah pembayaran setahun juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4.55 peratus iaitu 5,913 bil daripada 135, 795 bil telah dibayar setahun berbanding pada tahun 2017 iaitu 129, 882 bil,” Datuk Zamri ketika berucap.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top