17/04/2018 — #pru14 ‘Ngeh Sempat Jadi Exco 11 Bulan, Maafkanlah Dia’:- Datuk Saarani Mohammad Reviewed by Perak BN on . Persoalan dan pertikaian yang dibangkitkan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai isu pemansuhan hutan simpan kekal 9,506 ekar menampakan dirinya kurang pen Persoalan dan pertikaian yang dibangkitkan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai isu pemansuhan hutan simpan kekal 9,506 ekar menampakan dirinya kurang pen Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/04/2018 — #pru14 ‘Ngeh Sempat Jadi Exco 11 Bulan, Maafkanlah Dia’:- Datuk Saarani Mohammad

17/04/2018 — #pru14 ‘Ngeh Sempat Jadi Exco 11 Bulan, Maafkanlah Dia’:- Datuk Saarani Mohammad

perakbn #pru14 ‘Ngeh Sempat Jadi Exco 11 Bulan, Maafkanlah Dia’ Datuk Saarani MohammadPersoalan dan pertikaian yang dibangkitkan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai isu pemansuhan hutan simpan kekal 9,506 ekar menampakan dirinya kurang pengetahuan tentang keadaan yang berlaku.

Justeru, Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohammad menjelaskan buat kali kedua akan isu berkenaan yang mana jumlah kawasan itu adalah dikurangkan daripada cadangan sebenar 11,045 ekar yang dibuat pada tahun 1998.

Selesai kerja sukat dan banci yang dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan pada hujung tahun lalu, perkara tersebut dibawa kepada mesyuarat exco bagi membuat keputusan.

“Pada tahun 2013, mesyuarat exco buat keputusan untuk memansuhkan hutan simpan kekal itu bukan pada keluasan 11,045 ekar seperti yang dicadangakan pada 1998, jadi kita pinda keluasan cadangan itu kepada 9,506 ekar.

“Setelah ia dipinda dan keluasan dikurangkan, makan jabatan ukur kena ukur semula dan ia siapa pada hujung 2017.

“Maka pada Februari 2018 lalu dibuat diwartakan, itu sahaja, Datuk Ngeh paham ke apa maksud kelulusan exco dengan pewartaan ? dia paham ke? yelah dia sempat jadi exco 11 bulan je , ampunkan lah dia sebab tidak sempat belajar bab itu,” kata Datuk Saarani.

Jelasnya lagi, 9,506 ekar tanah yang dimansuhkan itu telah diteroka hampir 40 tahun dan kini tiada lagi hasil balak mahupun getah yang diperoleh.

Tanah-tanah tersebut melibatkan kawasan di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Pondok Tanjung dan Hutan Simpan Bukit Larut yang mana pemansuhannya bertujuan untuk pembangunan Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RTB) dan rizab Orang Asli.

Menurut Datuk Saarani lagi, bagi pelaksanaan RTB, tanah berkenaan akan diagihakan juga kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Majlis Agama Islam serta badan-badan yang membiayai pembangunan sekolah Cina dan Tamil.

Bagaimanapun, senarai penerima tanah masih tertakluk di bawah pengurusan dan pentadbiran pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Jadi Datuk Ngeh dan rakan-rakan dia hentikan isu ini dan jadikan ahli politik yang hatinya suci bersih, murni, rakyat diluar sana adalah rakyat yang bijak dan mempunyai hati yang suci. Insyallah mereka akan sokong BN, lagi banyak Ngeh bercakap lagi banyak orang lari daripada pembangkang,” kata Datuk Saarani pada sidang media khas di Ipoh pada Selasa.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top