17/04/2018 — #pru14 Mansuh HSK, BN Tidak Raih Satu Sen :- Datuk Saarani Mohammad Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad menjelaskan proses Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad menjelaskan proses Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/04/2018 — #pru14 Mansuh HSK, BN Tidak Raih Satu Sen :- Datuk Saarani Mohammad

17/04/2018 — #pru14 Mansuh HSK, BN Tidak Raih Satu Sen :- Datuk Saarani Mohammad

perakbn #pru14 Mansuh HSK, BN Tidak Raih Satu Sen Datuk Saarani MohammadPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad menjelaskan proses pemansuhan hutan simpan kekal (HSK) adalah satu proses biasa.

Sehubungan dengan itu, tidak timbul isu meraih duit daripada pemansuhan berkenaan seperti mana yang dicanang dan dibangkitkan oleh ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Dia syaki ,sebab hatinya jahat (dia syak), dengan tujuan menghasut rakyat kononnya Menteri Besar meluluskan pewartaan tanah itu dengan memansuhkan hutan simpan kekal untuk mendapatkan duit pilihan raya, itu saja. Sebab itu saya kata jahat, dia boleh saman saya.

“Adalah tidak betul, kita tidak dapat satu sen dengan wartakan itu, itu proses biasa,” tegas beliau.

Datuk Ngeh mempertikaikan isu pemansuhan tanah seluas 9,506 ekar atau 3,847 hektar

yang diluluskan oleh mesyuarat exco pada 15 Februari lalu.

Hakikatnya jelas Datuk Saarani lagi, pemansuhan itu bagi tujuan pembangunan Rancangan Pertanian Berkelompok (RTB) dan rizab untuk masyarakat Orang Asli.

“Saya nak beritahu kepada masyarakat Orang Asli kena berterima kasih dan bersyukur kerana kita kerajaan negeri Perak mempunyai yang paling banyak meluluskan tanah rizab iaitulebih 13,000 hektar untuk masyarakat Orang Asli melalui proses pembatalan daripada hutan simpan kekal.

“Apa yang kita buat ini adalah baik untuk masyarakat Orang Asli, baik untuk rakyat lain yang terlibat dalam RTB, jadi Ngeh dinasihatikan cari isu lain lah,” katanya pada sidang media di Ipoh, tengah hari tadi.

Secara keseluruhannya, negeri Perak menjadi negeri yang mempunyai keluasan hutan simpan kekal tertinggi di Semenanjung iaitu 2,464,617 ekar atau 47.43 peratus daripada keluasan tanah negeri.

Kenyataan ini sekaligus menyangkal tohmahan serong Datuk Ngeh yang mengatakan

kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang tidak prihatin terhadap isu hutan simpan yang mana bertindak melupuskan lebih daripada 20,000 hektar tanah hutan simpan kekal di negeri ini.

“Disebabkan di dalam hatinya (Datuk Ngeh) yang sangat rosak, dia syaki Menteri Besar telah menjual tanah kepada kroni untuk kutip duit bagi pilihan raya umum .

“Hatinya rosak menggambarkan dia tidak matang dalam politik, sudah kelihatan seperti budak-budak,” selar Datuk Saarani.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top