17/04/2018 — #pru14 Calon Nomad, Pembangkang Kejar Gelaran ‘ADUN’ Bukan Wakil Rakyat:- Datuk Saarani Mohammad Reviewed by Perak BN on . Perpindahan wakil rakyat parti pembangkang di Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tindakan asing buat mereka. Timbalan Pengerusi Barisan Na Perpindahan wakil rakyat parti pembangkang di Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tindakan asing buat mereka. Timbalan Pengerusi Barisan Na Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/04/2018 — #pru14 Calon Nomad, Pembangkang Kejar Gelaran ‘ADUN’ Bukan Wakil Rakyat:- Datuk Saarani Mohammad

17/04/2018 — #pru14 Calon Nomad, Pembangkang Kejar Gelaran ‘ADUN’ Bukan Wakil Rakyat:- Datuk Saarani Mohammad

perakbn #pru14 Calon Nomad, Pembangkang Kejar Gelaran ‘ADUN’ Bukan Wakil Rakyat Datuk Saarani MohammadPerpindahan wakil rakyat parti pembangkang di Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tindakan asing buat mereka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Saarani Mohammad berkata tindakan mereka itu hanya semata-mata untuk mengejar gelaran sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding benar-benar mahu menjadi wakil rakyat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Di (DUN) Pasir Panjang, Nizar (Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin) tidak beri apa-apa pun, dia tidak berkhidmat pada orang Pasir Panjang melainkan bila Barisan Nasional menang pada tahun 2013, kita yang beri khidmat selepas pilihan raya 2008.

“Di ke Changkat Jering pun dia tidak pernah berkhidmat;kita di UMNO dan BN yang beri khidmat walaupun kita tidak menang di Changkat Jering.

“Yang lain (calon pembangkang) pun sama je , Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping), apa dia buat di Taiping? Yang bertungkus mulus ialah Majlis Perbandaran Taiping, itupun ia pihak berkuasa tempatan yang tertakluk di bawah kerajaan negeri Barisan Nasional.

“Ini calon-calon yang sering berlari dari satu tempat, dia hanya hendak jadi Ahli Dewangan Undangan Negeri sahaja, cakap berdegar-degar sahaja. bukan nak jadi wakil rakyat pun,” ulas Datuk Saarani.

Hari ini, Parti Amanah Negara (PAN) Perak mengumumkan empat kerusi parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka.

Nizar (kini ADUN Changkat Jering) dicalonkan semula dan akan bertanding di DUN Sungai Rapat.

Bagi BN, Datuk Saarani menegaskan calon yang diletakkan akan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat.

“BN meletakkan calon yang tawarkan perkhidmatan kepada rakyat…Dia (pembangkang) sedar bila bertanding tempat yang sama orang akan mengejek dia, sebab tu lari tempat lain termasuk Lim Kit Siang. Maka rakyat akan tepedaya lagi, jadi kenapa tidak mereka tunggu kat situ?” soal beliau ketika ditemui pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Ditanya mengenai status beliau sebagai calon BN bagi PRU14, demikian kata ADUN Kota Tampan itu, “Saya party man, saya patuh pada pucuk kepimpinan, kalau kata saya perlu direhat, saya terima dan kalau atau diperlukan saya terima…Insyallah boleh beri perkhidmatan jika diberi peluang,” kata Datuk Saarani.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top