16/04/2018 — #pru14 Daya Tahan, Juang Dan Saing, Ramuan BN Tapah:- Datuk Samsudin Abd Hassan Reviewed by Perak BN on . Tanggal 9 Mei depan merupakan penentu kepada kelangsungan masa depan negara. Oleh yang demikian, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassa Tanggal 9 Mei depan merupakan penentu kepada kelangsungan masa depan negara. Oleh yang demikian, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/04/2018 — #pru14 Daya Tahan, Juang Dan Saing, Ramuan BN Tapah:- Datuk Samsudin Abd Hassan

16/04/2018 — #pru14 Daya Tahan, Juang Dan Saing, Ramuan BN Tapah:- Datuk Samsudin Abd Hassan

perakbn #pru14 Daya Tahan Juang Dan Saing, Ramuan BN TapahTanggal 9 Mei depan merupakan penentu kepada kelangsungan masa depan negara.

Oleh yang demikian, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan mahu barisan jentera perlu memiliki daya tahan, daya juang dan daya saing yang mantap sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Oleh itu, jentera BN perlu ada tiga elemen iaitu daya tahan, daya juang dan daya saing untuk menghadapi lawan,” katanya ketika berucap melancarkan Briged Gempur 2314, Pemuda BN Parlimen Tapah di Tapah pada Ahad.

Pelancaran itu serentak diadakan sempena majlis himpunanperingkat negeri di kediaman menteri besar di Ipoh.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M Saravanan, dan Ketua Pemuda BN Tapah, Safri Mohd Salleh.

Kata Datuk Samsudin lagi, sejak merdeka hingga kini, BN memperjuangkan nasib rakyat dan seterusnya memajukan negeri Perak dan negara keseluruhannya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan sokongan rakyat untuk terus menyokong BN dan dalam masa yang sama yakin akan kemenangan di Tapah sebagai kubu kuat.

“Saya berharap Tapah yang mempunyai 37 pusat daerah mengundi (PDM) akan terus menjadi model semangat BN kerana mempunyai wakil rakyat daripada Melayu, Cina dan India.

“Wakil-wakil rakyat UMNO, MIC dan MCA berganding bahu membangunkan Tapah dan menjaga kebajikan rakyat di parlimen ini,” kata Datuk Samsudin lagi.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top