16/04/2018 — Idea Golongan Belia Perak Dinilai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri menyediakan dua platform besar kepada golongan belia untuk melontarkan buah fikiran iaitu menerusi penganjuran Festival of Ideas dan persidangan Kerajaan Negeri menyediakan dua platform besar kepada golongan belia untuk melontarkan buah fikiran iaitu menerusi penganjuran Festival of Ideas dan persidangan Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/04/2018 — Idea Golongan Belia Perak Dinilai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/04/2018 — Idea Golongan Belia Perak Dinilai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Idea Golongan Belia Perak DinilaiKerajaan Negeri menyediakan dua platform besar kepada golongan belia untuk melontarkan buah fikiran iaitu menerusi penganjuran Festival of Ideas dan persidangan DUN Belia.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dinilai oleh pihaknya dan seterusnya dibawa kepada peringkat mesyuarat exco.

“Kita di Perak, Kerajaan Negeri berusaha menyediakan pelbagai cara dan pendekatan, seperti yang kita maklum Festival of Ideas bagaimana kita memberikan pengupayaan kepada generasi muda untuk menzahirkan idea mereka dan cadangan daripada mereka untuk memajukan negeri Perak.

“Kita sediakan platform Dewan Undangan Negeri belia yang membahaskan hal-hal berkaitan perkembangan dan idea untuk memajukan negeri Perak.

“Segala syor dan idea itu, ia dibawa ke mesyuarat exco untuk diambil maklum dan tindakan jika idea itu boleh dilaksankan di peringkat negeri Perak,” ujarnya.

Ditanya mengenai isu yang sering dibangkitkan oleh golongan beliau, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu ia melibatkan soal perumahan.

“Berkaitan soal perumahan kita menyediakan kuota lima peratus untuk golongan belia memiliki rumah dan menggalakkan pemaju mengikut polisi ini malah kita juga melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) turut menyediakan kiosk khususnya buat golongan belia untuk mereka berniaga,” katanya.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry merasmikan mesyuarat tahunan Majlis Belia kali ke-21 di Ipoh, semalam.

Mengenai perhimpunan yang diadakan, beliau mengagumi semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh belia yang disertai oleh tiga kaum utama serta Orang Asli dan golongan minoriti.

“Apabila ada majlis belia sebegini yang menggabungkan ketiga-tiga kaum utama termasuk Orang Asli dan minoriti lain, maka kita akan mempunyai sistem struktur sosial masa depan yang lebih baik dan kita harap dengan pendekatan kerjasama yang mereka wujudkan ini ia akan membentuk satu kesepakatan kehidupan yang baik di negeri Perak,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top