15/04/2018 — #pru14 Rabu Diumumkan Tarikh Pembentangan Manifesto Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pembentangan manifesto parti itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pembentangan manifesto parti itu Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 15/04/2018 — #pru14 Rabu Diumumkan Tarikh Pembentangan Manifesto Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

15/04/2018 — #pru14 Rabu Diumumkan Tarikh Pembentangan Manifesto Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Rabu Diumumkan Tarikh Pembentangan Manifesto PerakPengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pembentangan manifesto parti itu pada Rabu ini.

Beliau secara ringkas berkata, initipati yang akan dijanjikan itu tidak hanya sekadar gula-gula atau mengumumkan pemberian itu dan ini semata-mata tetapi manifesto tersebut adalah sesuatu yang lebih serius dan mempengaruhi jangka masa panjang bagi pembangunan di negeri Perak.

“Manifesto kita akan lancarakn beberapa hari lagi yang saya akan umumkan tarikhnya dan persiapan awal untuk manifesto telah dibuat dan dijangka Rabu akan umumkan (tarikh pembentangan).

“Manifesto ini bukan hanya untuk memberi gula–gula tetapi ia berkaitan satu polisi yang serius. Kita akan umumkan sesuatu yang melibatkan masa depan iaitu dari bentuk ekonomi dan sosial untuk negeri Perak,” katanya semasa ditemui pemberita di Ipoh.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-21 Majlis Belia Negeri Perak.

Ditanya kaitan manifesto dengan golongan belia, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui ia menjadi salah satu agenda yang diangkat dalam manifesto berkenaan.

“Orang muda sudah pasti, bukan hanyha harapan oleh orang muda tetapi saya sebutkan juga bahawa mereka sebahagian daripada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga aktif.

“Kita terjemahkan juga wakil rakyat orang muda termasuk mereka yang lelaki dan perempuan. Jadi, yang kita maksudkan jangan menjurus kepada orang lelaki sahaja tetapi belia ini juga ada terdiri daripada golongan wanita,” ujar beliau lagi.

Pada manifesto BN di peringkat kebangsaan, Perak dijanjikan akan membina satu lapangan terbang baharu di Seri Iskandar.

Disamping itu, pihak kabinet turut meluluskan permohonan mewujudkan zon dagangan bebas di kawasan berhampirannya.

Secara keseluruhan, dua pengumuman besar itu, bakal memantapkan pembangunan Perak khususnya di daerah Perak Tengah.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top