15/04/2018 — #pru14 Lakukan Persiapan Terakhir, Pesanan Buat Pemuda:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pasukan pemuda Barisan Nasional (BN) negeri diminta untuk melakukan persiapan akhir bagi menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pesanan itu dibuat Penger Pasukan pemuda Barisan Nasional (BN) negeri diminta untuk melakukan persiapan akhir bagi menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pesanan itu dibuat Penger Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 15/04/2018 — #pru14 Lakukan Persiapan Terakhir, Pesanan Buat Pemuda:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

15/04/2018 — #pru14 Lakukan Persiapan Terakhir, Pesanan Buat Pemuda:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Lakukan Persiapan Terakhir Pesanan Buat PemudaPasukan pemuda Barisan Nasional (BN) negeri diminta untuk melakukan persiapan akhir bagi menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pesanan itu dibuat Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang tidak menafikan akan semangat barisan pemuda yang bersiap siaga untuk ‘berperang’.

“Tahniah kepada pemuda (BN) Perak yang melancarkan gerak gempur mereka dan tahap persediaan mereka begitu baik sekali dan semangat yang ditunjukkan mereka yang kumpul di sini sejak tengah hari tadi.

“Ini menunjukkan mereka begitu semangat sekali untuk menghadapi pilihan raya. Ini merupakan satu keadaan yang luar biasa, semangat yang ditunjukkan pemuda BN dengan semangat dan keyakinan yang tinggi kepada mereka,” katanya pada sesi sidang media selepas melancarkan Jentera Briged Gempur 2314 di Ipoh, petang tadi.

Seramai 2,000 pemuda berhimpun di majlis tersebut yang mana ia dihadiri sama Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Pemuda BN negeri, Senator Khairul Azwan Harun.

Kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, persiapan menghadapi pilihan raya bukanlah dibuat disaat akhir, sebaliknya BN telahpun dari awal mendekati dan membantu rakyat.

Malah di barisan pemuda, mereka sudahkan diberikan pelbagai taklimat dan latihan untuk melaksanakan misi dan perjuangan parti.

“Saya beritahu mereka untuk pulang buat persiapan mereka terakhir bantu jentera seperti yang ditugaskan.

“Pendekatan di Perak, kita buat persiapan awal, tahap kesiapsiagaan mereka adalah tinggi sekali,” katanya lagi.

Ditanya mengenai calon daripada barisan Pemuda, Datuk Seri Diraja Dr Zambry secara menyeluruh bahawa senarai calon kini telah siap disenaraikan merangkumi semua sayap termasuk Wanita dan Puteri.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top