15/04/2018 — #pru14 Kesepakatan BN, Tidak Timbul Isu Kuota, Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Barisan Nasional (BN) negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada presiden-presiden parti komponen serta Pengerusi BN, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Raz Barisan Nasional (BN) negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada presiden-presiden parti komponen serta Pengerusi BN, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Raz Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 15/04/2018 — #pru14 Kesepakatan BN, Tidak Timbul Isu Kuota, Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

15/04/2018 — #pru14 Kesepakatan BN, Tidak Timbul Isu Kuota, Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #pru14 Kesepakatan BN Tidak Timbul Isu Kuota CalonBarisan Nasional (BN) negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada presiden-presiden parti komponen serta Pengerusi BN, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak untuk mengumumkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam hal ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi parti komponen yang memberikan kerjasama dalam memastikan BN akan menang di Perak pada pilihan raya nanti.

“Kita tunggu keputusan dan arahan presiden-presiden parti komponen dan pengerusi Barisan Nasional. Terlalu awal untuk kita umumkan calon walaupun proses penamaan calon telah siap. Cuma tunggu masa sahaja.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semangat yang ditunjukkan oleh parti komponen , pemimpin utama parti komponen yang ada, kerana beri prespektif yang luas untuk pastikan kita menang di Perak.

“Bukan lagi persoalan, kuota ini milik parti ini, kerusi ini dimiliki parti ini dan parti itu, tetapi kami membincangkan kesemuanya dalam konteks untuk memenangi kerusi-kerusi di Perak,” ujar beliau.

Oleh yang demikian, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menolak dakwaan mengatakan bahawa BN di Perak berdepan krisis dalaman yang serius sehingga tidak dapat mengumumkan calon PRU14 lagi.

Pada semalam, Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengakui bahawa Perak adalah negeri yang paling positif dalam membincangkan soal calon dan membahagian kerusi.

Justeru, beliau mengatakan tiada masalah untuk BN di negeri ini mengumumkan calonnya terlebih awal dari tarikh rasmi penamaan calon.

“Saya ulang, kalau kata Perak tidak umumkan nama kerana ada masalah seriu, itu tidak benar. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid) semalam, Perak adalah negeri yang paling kurang bermasalah.

“Terima kasih kepada ketua-ketua parti komponen di Perak dan pusat iaitu presiden MIC, MCA, Gerakan dan MyPPP yang beri sokongan dan persefahaman yang baik.

“Ini adalah parti komponen utama di Perak, jadi kita bincang pelbagai perkara atas semangat Barisan Nasional, yang penting kita menyasarkan adalah kemenangan BN di negeri ini.

“Kita telah capai kesepakatan berkaitan kerusi-kerusi yang dipertanding dan siapa yang akan bertanding,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyarat Agung Majlis Belia Negeri yang ke-21 di Ipoh, hari ini.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top