14/04/2018 — #pru14 Calon Boleh Menang, Serah Pada Kepimpinan Memilih:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Calon berpotensi menang merupakan indikator utama dalam memilih mereka yang layak untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14). Beri Calon berpotensi menang merupakan indikator utama dalam memilih mereka yang layak untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14). Beri Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/04/2018 — #pru14 Calon Boleh Menang, Serah Pada Kepimpinan Memilih:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

14/04/2018 — #pru14 Calon Boleh Menang, Serah Pada Kepimpinan Memilih:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn #pru14 Calon Boleh Menang Serah Pada Kepimpinan MemilihCalon berpotensi menang merupakan indikator utama dalam memilih mereka yang layak untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Berikutanda daripada itu, ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan sama ada beliau bakal menjadi calon atau sebaliknya di kawasannya ini.

“Dalam soal memilih calon-calon PRU menjadi dasar pimpinan BN akan memilih dalam kalangan mereka yang dikategorikan sebagai calon boleh menang.

“Sudah tentu dalam soal ini saya serahkan kepada pimpinan menentukan sama ada saya terus bertanding atau tidak dan itu bukanlah isu kepada saya kerana sehingga hari ini saya masih menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya.

Datuk Zainol Fadzi diberi kepercayaan oleh rakyat tempatan untuk memimpin selama dua penggal dan seterusnya dilantik untuk berada di barisan kepimpinan exco negeri.

“Ini semua mimpi yang tak pernah saya jangkakan dan saya sudah maklumkan lebih awal bahawa saya tidak akan melobi tetapi saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat jika diberi peluang,” ujar beliau ketika ditemui pemberita ketika majlis penyampaian bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) di Sungai Manik, hari ini.

Memetik kenyataannya di sosial media Facebook 9 April iaitu sejurus pengumuman pembubaran DUN Perak, Datuk Zainol Fadzi menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang sentiasa memberi sokongan.

“Kepada warga dan pengundi DUN Sungai Manik… mandat yang tuan/puan berikan sebagai adun Sungai Manik… Saya kembalikan semula…

“Jutaan penghargaan terima kasih atas kepercayaan kepada BN pada penggal yang lepas. Saya memohon kemaafan bagi pihak diri dan warga pusat khidmat DUN atas kelemahan dan kekurangan kami dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan…

“Kemaafan juga jika ketidakpuasan dan kelalaian kami menjadi kemarahan tuan/puan…

Kami telahpun cuba membuat yang terbaik dan termampu kami…Semoga tuan/puan terus memberi kepercayaan kepada BN dalam PRU-14 demi meneruskan kesinambungan perkhidmatan untuk rakyat di DUN Sungai Manik dan negeri Perak…

“Tegur Saya Jika Saya Salah”,” demikian catatanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top