14/04/2018 — #pru14 Buat Kerja Sejak Berakhirnya PRU13:- Datuk Heng Seai Kie Reviewed by Perak BN on . Wanita MCA telahpun menjalankan tugas dan perkhidmatan kepada rakyat sejak mula iaitu ketika berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu. Ketunya, Dat Wanita MCA telahpun menjalankan tugas dan perkhidmatan kepada rakyat sejak mula iaitu ketika berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu. Ketunya, Dat Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/04/2018 — #pru14 Buat Kerja Sejak Berakhirnya PRU13:- Datuk Heng Seai Kie

14/04/2018 — #pru14 Buat Kerja Sejak Berakhirnya PRU13:- Datuk Heng Seai Kie

perakbn #pru14 Buat Kerja Sejak Berakhirnya PRU13Wanita MCA telahpun menjalankan tugas dan perkhidmatan kepada rakyat sejak mula iaitu ketika berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Ketunya, Datuk Heng Seai Kie berkata dalam berdepan musim PRU14 ini, semua 191 bahagian bersama 4,000 cawangannya akan terus digerakkan memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak buat kerja bila sudah dekat pilihan raya baru hendak mula bergerak sebaliknya kita telah lakukan dari awal lagi iaitu sebaik selepas PRU-13.

‘Pada PRU-14, Wanita MCA ditugaskan untuk menjaga pengundi Cina dan kami berjanji untuk melaksanakan tugas ini sebaik mungkin,” katanya.

Tanpa mengambil kira siapa calon yangakan mewakili BN, wanita MCA akan terus mengerah usaha untuk meraih undi khususnya daripada kalangan pengundi Cina di kawasan yang berkenaan.

“Siapa pun calon yang bertanding, tidak kira MCA, MIC dan UMNO, kita akan kerahkan segala usaha yang ada untuk memenangkan mereka.

“Jentera terlibat akan dipecahkan kepada kumpulan tertentu untuk merayu dan meraih undi khususnya daripada kalangan pengundi Cina di negara ini,” jelas Datuk Seai Kei.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena penganjuran program Expo Kerjaya Wanita Perak sempena meraikan tahun memperkasakan wanita di Gopeng pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua MCA Bahagian Gopeng, Datuk Robert Chang Chun Chuen.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top