14/04/2018 — #pru14 BN Buat Janji Mampu Tunaikan:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Janji yang gagal ditepati memungkinkan rakyat hilang kepercayaan, justeru kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Barisan Nasional (BN Janji yang gagal ditepati memungkinkan rakyat hilang kepercayaan, justeru kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Barisan Nasional (BN Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/04/2018 — #pru14 BN Buat Janji Mampu Tunaikan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

14/04/2018 — #pru14 BN Buat Janji Mampu Tunaikan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn #pru14 BN Buat Janji Mampu TunaikanJanji yang gagal ditepati memungkinkan rakyat hilang kepercayaan, justeru kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Barisan Nasional (BN) sama sekali peka hal itu.

Oleh yang demikian, dalam musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, beliau menegaskan bahawa BN tidak sesekali menabur gula-gula kepada rakyat.

“Janji itu penting untuk ditunaikan kerana itu kepercayaan pengundi terhadap calon kalau calon bercakap bohong dan tidak tunaikan janji pengundi akan hilang kepercayaan macam mana nak menang,” katanya.

Datuk Seri Tajuddin turut mengakui bahawa rakyat kini bijak memilih dan menilai hujah-hujah daripada mana-mana parti politik di negara ini.

“Pengundi perlu sedar dalam pilihan raya lalu yang telah dimanipulasi dengan pelbagai cerita fitnah, tohmahan, namun kini pengundi sudah bijak tak mahu ditipu dan dihasut serta digula-gulakan.

“Kita BN tidak ada gula-gula, tipu-tipu kerana kita bercakap perkara yang benar nak tolong rakyat kita tolong dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan menjaga keamanan semua kita lakukan,”katanya lagi.

Datuk Seri Tajuddin berkata demikian selepas melancarkan Briged Gempur 2314 Pemuda BN DUN Sungai Manik di Langkap, hari ini.

Mengenai isu wakil rakyat melompat ke kawasan lain untuk bertanding pilihan raya, beliau menyifatkan ia sewajarnya ditolak.

Bagi BN, untuk memberi khidmat kepada rakyat, ia tidak semestinya seseorang itu perlu menang para pilihan raya untuk jadi wakil rakyat.

“Tak perlu jadi wakil rakyat nak menang pilihan raya baru kita boleh berkhidmat pada rakyat sekiranya benar-benar ikhlas itu perbezaan di antara kita BN dan pembangkang,” ujar beliau.

Ditanya mengenai program yang dilancarkan, Datuk Seri Tajuddin yakin golongan muda di parlimennya terus memberi sokongan kepada BN.

“Pasir Salak, Sungai Manik banyak orang muda, bukan bermakna gempur kerana takut dengan serangan parti lawan kita tidak mahu mengambil mudah untuk memastikan jentera lebih kuat mantap capai kemenangan,” katanya lagi.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top