13/04/2018 — #pru14 Tidak Bijak, Tidak Cermat, ‘Aktivis Alam Sekitar’ Bakal Berdepan Akta Berita Palsu:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tulark Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tulark Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/04/2018 — #pru14 Tidak Bijak, Tidak Cermat, ‘Aktivis Alam Sekitar’ Bakal Berdepan Akta Berita Palsu:- Datuk Saarani Mohamad

13/04/2018 — #pru14 Tidak Bijak, Tidak Cermat, ‘Aktivis Alam Sekitar’ Bakal Berdepan Akta Berita Palsu:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn #pru14 Tidak Bijak, Tidak Cermat Aktivis Alam Sekitar Bakal Berdepan Akta Berita PalsuTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Saarani Mohamad tidak menolak kemungkinan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tularkan dakwaan menerusi aplikasi WhatApp mengenai isu berkaitan hutan simpan kekal di negeri ini.

Jelas beliau, pihak yang menggelarkan dirinya sebagai aktivis alam sekitar itu hanya bertujuan untuk menimbulkan rasa benci dan kemarahan rakyat kepada Kerajaan BN.

“Kita akan lihat dari segi undang-undang jika ia didapati ada unsur-unsur niat mengeluarkan berita palsu dengan bertujuan tertentu untuk mengaibkan dan memanipulasi fakta dan mengajak kebencian; apa-apa peruntukan yang ada kita akan ambil.

“Siapa yang didunia ini berani cakap berani tanggung. Berani kerana benar takut kerana salah,” ujar beliau.

Terdahulu Datuk Saarani memberitahu, meskipun kenyataan yang tular itu tidak mengatakan sumber dari siapa, namun pihaknya yakin ia dikaitkan dengan pemimpin pembangkang dan sekaligus mengaitkan nama ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Kenyatan yang tular di aplikasi What Apps sebenarnya tidak mengatakan sumber. Walau bagaimanapun dari segi bahasa dan gayanya, kita dapat meneka siapakah yang bertanggungjawab terhadap dakwaan ini. Ini adalah orang yang selalu mengakui dirinya sebagai aktivis alam sekitar tetapi ia hanya bertopengkan kepada pejuang alam sekitar.

“Saya nak sebutkan orang yang membuat fitnah ini dia tidak bijak dan tidak cermat kerana dia tidak buat kajian secara menyeluruh, dia hanya menonjolkan cerita keluasan tanah yang dimansuhkan sebagai hutan simpan tetapi tidak cerita yang kita wartakan sebagai hutan simpan, itu tidak adil,” ujar Datuk Saarani lagi semasa ditemui pemberita di Ipoh, pada Jumaat.

Kenyataan yang tular jelas mempertaruhkan ‘angka’ sebagai senjata untuk menyakinkan kenyataan bahawa ia adalah benar dan sekaligus rakyat menerimanya.

Menurut laporan media, , Datuk Ngeh yang juga Penasihat DAP Perak, pada Jumaat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan pemansuhan kawasan hutan simpan kekal yang didakwa memberikan impak negatif.

Perkara yang tular itu mempertikaikan tindakan tergesa-gesa Kerajaan Negeri memansuhkan hutan simpan kekal seluas 9 506.14 ekar sebelum pembubaran DUN serta dikatakan untuk diberi kepada kroni.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top