13/04/2018 — #pru14 Pesonaliti Dr Zambry, Cabaran Besar Pembangkang:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Kepimpinan yang baik serta disegani oleh rakyat menjadikan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mempunyai satu pesonaliti yang disenangi oleh ra Kepimpinan yang baik serta disegani oleh rakyat menjadikan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mempunyai satu pesonaliti yang disenangi oleh ra Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/04/2018 — #pru14 Pesonaliti Dr Zambry, Cabaran Besar Pembangkang:- Datuk Saarani Mohamad

13/04/2018 — #pru14 Pesonaliti Dr Zambry, Cabaran Besar Pembangkang:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn #pru14 Pesonaliti Dr Zambry Cabaran Besar PembangkangKepimpinan yang baik serta disegani oleh rakyat menjadikan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mempunyai satu pesonaliti yang disenangi oleh rakyat di negeri ini.

Atas hal itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Saarani Mohamad melihat bahawa keadaan itu menimbulkan rasa gugat dalam kalangan pihak pembangkang dan seterusnya cuba mencari helah.

Berdasarkan isu terbaharu mengenai tuduhan pemansuhan hutan simpan kekal yang disabitkan terhadap Menteri Besar disifatkan satu perbuatan yang jahat.

“Di negeri Perak tidak ada isu, di persekutuan pun tidak ada isu, isu besar pembangkang ini ialah 1MDB, itu je…Isu besar di peringkat dia ialah projek terowong Pulau Pinang.

“Di Perak ini, kerunsingan dia ialah personalaiti Menteri Besar. Jadi dia cuba bangkitkan kemarahan rakyat kepada Menteri Besar dengan cara keluarkan ayat seolah-olah menteri besar dengan niat tidak baik telah melupuskan hutan simpan dengan tergesa-gesa sebelum bubar (DUN), ini silap. Jahat ayat itu!” selar Datuk Saarani.

Beliau yang ditemui pemberita pada sidang media khas menjelaskan isu pemansuhan hutan simpan kekal yang telahpun dibuat perancangan awal sejak tahun 2013 lagi.

Jelasnya pada tahun 1998, kerajaan negeri telah mengenal pasti seluas 11 045.5 ekar hutan simpan kekal yang akan dimansuhkan, namun pada Oktober 2013, jumlah tersebut disemak semula yang mana hanya 9506.14 ekar sahaja dikenal pasti untuk dimansuhkan.

“Memang betul Kerajaan Negeri bercadang untuk mansuhkannya (11 045.5 ekar) mengambil masa yang panjang untuk digazet dan pada tahun 2013, kami buat kajian semula dan kami kurangkan keluasan itu kepada 9 506.14 ekar.

“Kita putuskan pada 2013 dan mengambil masa yang panjang untuk sukat semula dan kerja sukat berakhir pada hujung tahun 2017. Maka digazetkan pada 15 Feb 2018 . Secara kebetulan parlimen bubar pada minggu lepas. Jadi digambarkan seolah-olah menteri besar memansuhkannya tergesa-gesa,” jelas Datuk Saarani lagi.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohamed Zin Yusop dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Rumaizi Baharin.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top