13/04/2018 — Hutan Simpan Kekal Meliputi Hampir 50 Peratus Keluasan Tanah Negeri:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Dalam tempoh 10 tahun iaitu antara tahun 2006 hingga 2016, Perak mencatatkan penambahan 13.3 peratus pewartaan hutan simpan kekal dengan jumlah terkini menjadik Dalam tempoh 10 tahun iaitu antara tahun 2006 hingga 2016, Perak mencatatkan penambahan 13.3 peratus pewartaan hutan simpan kekal dengan jumlah terkini menjadik Rating: 0
You Are Here: Home » General » 13/04/2018 — Hutan Simpan Kekal Meliputi Hampir 50 Peratus Keluasan Tanah Negeri:- Datuk Saarani Mohamad

13/04/2018 — Hutan Simpan Kekal Meliputi Hampir 50 Peratus Keluasan Tanah Negeri:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn Hutan Simpan Kekal Meliputi Hampir 50 Peratus Keluasan Tanah NegeriDalam tempoh 10 tahun iaitu antara tahun 2006 hingga 2016, Perak mencatatkan penambahan 13.3 peratus pewartaan hutan simpan kekal dengan jumlah terkini menjadikan hutan simpan kekal adalah seluas 2,464,617 ekar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad berkata jumlah itu menjadikan negeri ini sebagai negeri tertinggi di Semenanjung yang mempunyai hutan simpan kekal.

“Perak mencatatkan pelbagai kejayaan dan menerima pengikhtirafan dalam pengurusan hutan, ini termasuk keluasan hutan simpan kekal yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu seluas 2, 464, 617 ekar kawasaan yang telah diwartakan iaitu sebanyka 47.43 peratus daripada keluasan tanah negeri semasa.

“Kerajaan Negeri secara konsisten membuktikan pengurusan hutan simpan diurus secara mampan dan diyakini oleh masyarakat antarabangsa,” ujar beliau.

Tambahnya, menerusi kadar keluasan melebihi dua juta itu, Perak telah menerima Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) yang diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Malah Kerajaan Negeri juga telah menerima pengikhtirafan kerana mempunyai pengurusan hutan paya laut terbaik di dunia dengan keluasannya 104 336 ekar.

Datuk Saarani berkata demikian dalam menjelaskan isu viral mengenai hutan simpan kekal yang dimansuhkan seluas 9 506.14 ekar (3,847 hektar) dibuat tergesa-gesa demi meraih ‘milage’ politik.

Malah, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengambil kesempatan atas perkara itu dilihat sebagai tidak berlaku adil apabila hanya menceritakan sebahagian daripada cerita dan bukan keseluruhan status hutan kekal di negeri ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top