12/04/2018 — #pru14 Kerusi Sungkai ‘Pulang’ Kepada MIC:- Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Reviewed by Perak BN on . Mengikut tradisi, kerusi DUN Sungkai menjadi milik parti komponen MIC setiap pilihan raya yang berlangsung. Justeru, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Penger Mengikut tradisi, kerusi DUN Sungkai menjadi milik parti komponen MIC setiap pilihan raya yang berlangsung. Justeru, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Penger Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/04/2018 — #pru14 Kerusi Sungkai ‘Pulang’ Kepada MIC:- Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib

12/04/2018 — #pru14 Kerusi Sungkai ‘Pulang’ Kepada MIC:- Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib

perakbn #pru14 Kerusi Sungkai Pulang Kepada MICMengikut tradisi, kerusi DUN Sungkai menjadi milik parti komponen MIC setiap pilihan raya yang berlangsung.

Justeru, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib tidak menolak kemungkinan MCA akan memulangkan semula kerusi DUN itu kepada MIC.

“Ya berkemungkinan besar kerusi DUN Sungkai akan dikembalikan kepada MIC dan saya pun amat menyokong. Perkara ini telah dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir,” katanya semasa ditemui pemberita di Slim River, hari ini.

Berdasarkan rekod, MIC telah berjaya mengekalkan kerusi Sungkai selama ini sebelum tewas pada PRU12 (2008) dan kemudiam diserahkan pada MIC pada PRU13.

Bagaimanapun, kedua-dua penggal tersebut tidak memihak kepada BN yang mana kerusi itu jatuh ditangan pembangkang.

Sementara itu, Datuk Mohd Khusairi berkata untuk perkara berkaitan calon untuk pilihan raya ini nanti, hal itu diserahkan kepada pucuk kepimpinan.

“Berkenaan soal calon, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti, khususnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam untuk tentukan,” katanya.

Datuk Mohd Khusairi terdahulunya melancarkan Pembangunan Rumah Idaman Rakyat sebanyak 454 unit di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Majlis dihadiri DUN Behrang, Datuk Rusnah Kassim dan Pengerusi SPNB, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top