12/04/2018 — #pru14 23 Kawasan Panas, 440 Individu Berpotensi Ancam Ketenteraman:- Datuk Hasnan Hassan Reviewed by Perak BN on . Pasukan polis Perak mengenal pasti 23 kawasan panas yang akan memberi perhatian sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Ketua Polis Perak, Datuk Ha Pasukan polis Perak mengenal pasti 23 kawasan panas yang akan memberi perhatian sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Ketua Polis Perak, Datuk Ha Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/04/2018 — #pru14 23 Kawasan Panas, 440 Individu Berpotensi Ancam Ketenteraman:- Datuk Hasnan Hassan

12/04/2018 — #pru14 23 Kawasan Panas, 440 Individu Berpotensi Ancam Ketenteraman:- Datuk Hasnan Hassan

perakbn #pru14 23 Kawasan Panas 440 Individu Berpotensi Ancam KetenteramanPasukan polis Perak mengenal pasti 23 kawasan panas yang akan memberi perhatian sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menjelaskan empat daripadanya dilabelkan sebagai kawasan paling panas dan dalam masa yang sama 440 individu dikenal pasti berpotensi memberi ancaman keamanan dan ketenteraman.

“Sebanyak 23 kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan panas dan empat daripadanya merupakan kawasan paling panas yang kemungkinan berlaku kekecohan pada bila-bila masa sepanjang tempoh PRU-14.

“Polis akan sentiasa memantau kawasan tersebut dengan teliti agar tidak berlaku kekecohan yang boleh memecahkan keamanan yang dinikmati masyarakat sekarang ini,” katanya semasa ditemui pemberita di Selama, pada Khamis.

Mengenai jumlah individu tersebut, Datuk Hasnan memberitahu 43 orang merupakan penyokong sesebuah parti yang dikategorikan sebagai keutamaan kelas 1.

Oleh yang demikian, beliau menasihatka semua pihak terutama bakal calon dan agenya agar mematuhi undang-undang dan peraturan serta tidak menjejaskan ketenteraman awam.

“Seramai 90 peratus daripada 8,709 pegawai dan anggota Polis Perak akan ditugaskan sepanjang proses pilihan raya berjalan selain 700 pegawai tambahan dari Bukit Aman bagi mengawal ketenteraman dan keamaan orang ramai.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengganggu proses pilihan raya berlangsung,” ujar Datuk Hasnan.

Beliau terdahulunya menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Selama di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama.

#jomundi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top