05/04/2018 — Unit Bariatrik HRBP Sesuai Jadikan Pusat Rujukan Terkemuka Negara:- Datuk Dr Mah Hang Soon Reviewed by Perak BN on . Unit Bariatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang ditubuhkan sejak tahun 2014 telah berjaya menjalankan 70 pembedahan bariatrik ke atas pesakit obes Unit Bariatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang ditubuhkan sejak tahun 2014 telah berjaya menjalankan 70 pembedahan bariatrik ke atas pesakit obes Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/04/2018 — Unit Bariatrik HRBP Sesuai Jadikan Pusat Rujukan Terkemuka Negara:- Datuk Dr Mah Hang Soon

05/04/2018 — Unit Bariatrik HRBP Sesuai Jadikan Pusat Rujukan Terkemuka Negara:- Datuk Dr Mah Hang Soon

2015-7-22Datuk Dr Mah Hang Soon. - Pic by Wong Tuck Keong.Unit Bariatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang ditubuhkan sejak tahun 2014 telah berjaya menjalankan 70 pembedahan bariatrik ke atas pesakit obesiti.

Dalam masa yang sama, ramai pesakit yang menerima manfaat daripadannya menerusi sesi kaunseling serta khidmat nasihat pakar, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Datuk Dr Mah Hang Soon yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dibuat.

Susulan daripada itu, beliau yakin unit bariatrik tersebut bakal menjadi pusat rujukan obesiti terkemuka di negara ini.

“Saya bangga kerana di HRPB pakar bedahnya mengambil insiatif untuk membantu masalah obesiti serta mengadakan simposium mengenainya.

“Ini merupakan satu langkah bersepadu merentasi pelbagai jabatan dan satu contoh yang amat-amat baik, menjadi impian kita satu hari nanti pusat rawatan obesiti ini menjdi pusat rujukan terkemuka bukan sahaja di negara ini tetapi di rantau asia,” katanya.

Datuk Dr Mah berkata Malaysia menjadi salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai penghidap penyakit obesiti yang tinggi dengan kadar 5.5 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidapi penyakit tersebut.

“Manakala untuk kanak-kanak dibawah1 8 tahun pula adalah seramai 1 juta orang, ia menunjukkan masalah ini kian meningkat.

“Obesiti merupakan satu penyakit yang membawa pelbagai komplekasi, kalau kita lihat kencing manis, darah tinggi, stroke dan pelbagai lagi terjadi disebabkannya jadi perlu wujud satu kesedaran mengenai perkara ini dikalangan kita semua. Saya ucapkan tahniah kepada mereka (HRBP) kerana mengambil insiatif sendiri seperti ini untuk mencapainya” katanya pada sidang media di Ipoh, semalam.

Unit Bariatrik diseliakan oleh Jabatan Pembedahan HRPB dan terdiri daripada pelbagai subkepakaran termasuk pembedahan, perubatan endokrin, dietetik, psikiatrik, kaunselor, perubahan sukan, farmasi dan Anesthesiologi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top