05/04/2018 — Stadium Indera Mulia, Arena Skuasy Siap Ikut Jadual:- DS Abdul Puhat Mat Nayan Reviewed by Perak BN on . Kerja menaik taraf dua lokasi utama Sukan Malaysia (SUKMA) Perak iaitu Stadium Indera Mulia dan Arena Skuasy siap mengikut jadual yang ditetapkan. Ketua Setiaus Kerja menaik taraf dua lokasi utama Sukan Malaysia (SUKMA) Perak iaitu Stadium Indera Mulia dan Arena Skuasy siap mengikut jadual yang ditetapkan. Ketua Setiaus Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/04/2018 — Stadium Indera Mulia, Arena Skuasy Siap Ikut Jadual:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

05/04/2018 — Stadium Indera Mulia, Arena Skuasy Siap Ikut Jadual:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

perakbn Stadium Indera Mulia Arena Skuasy Siap Ikut JadualKerja menaik taraf dua lokasi utama Sukan Malaysia (SUKMA) Perak iaitu Stadium Indera Mulia dan Arena Skuasy siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata secara keseluruhannya kos melibatkan masing-masing RM14.5 juta dan RM3.4 juta yang mana secara rasminya stadium dan arena tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri, semalam.

“Stadium Indera Mulia menjadi gelanggang untuk acara gimnastik. Kedua-dua gelanggang ini telah disiapkan mengikut jadual masa dan memenuhi standard spesifikasi antarabangsa.

“Bagi peringkat awal, kita akan gunakannya terlebih dahulu untuk kegunaan atlet-atlet kita berlatih,” katanya.

Tambah beliau, buat masa ini stadium dan gelanggang skuasy itu tidak lagi dibuka untuk orang awam kerana ini memastikan tiada sebarang kerosakan yang berlaku.

Dari segi kapasiti stadium tertutup itu, Datuk Seri Abdul Puhat berkata ia boleh memuatkan sehingga 4,000 penonton dalam satu-satu masa dengan dilengkapi gelanggang gimnastik dan gimrama.

Bagi arena skuasy pula ia mempunyai 11 gelanggan dengan memuatkan 100 kerusi di bahagian gelenggan utama.

“Secara tidak langsung, pematuhan spesifikasi ini sebenarnya akan membolehkan mana-mana pertandingan gimnastik, gimrama dan skuasy bertaraf antarabangsa dapat dianjurkan di kedua-dua buah gelanggang ini. Inilah harapan kita selepas SUKMA selesai yang dianjurkan dengan jayanya September depan,”katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Abdul Puhat menyaksikan Majlis Penyerahan kedua- dua gelanggang berkenaan daripada kontraktor pembinaan kepada kerajaan negeri Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Rabu, petang.

Majlis dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top