05/04/2018 — RoS Sahkan PPBM Dibubarkan Sementara:- Surayati Ibrahim Reviewed by Perak BN on . Jabatan Pendaftar Malaysia (RoS) mengesahkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara serta merta mulai hari ini berikutan melanggar Se Jabatan Pendaftar Malaysia (RoS) mengesahkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara serta merta mulai hari ini berikutan melanggar Se Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/04/2018 — RoS Sahkan PPBM Dibubarkan Sementara:- Surayati Ibrahim

05/04/2018 — RoS Sahkan PPBM Dibubarkan Sementara:- Surayati Ibrahim

perakbn RoS Sahkan PPBM Dibubarkan SementaraJabatan Pendaftar Malaysia (RoS) mengesahkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara serta merta mulai hari ini berikutan melanggar Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim yang mana parti itu tidak dibenar guna nama, logo dan laksana aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari daripada pengumuman tersebut.

Memetik laporan media, perintah “pembubaran sementara” itu merujuk Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

Surayati berkata demikian semasa mengadakan sidang media Putrajaya.

Sementara, mengulas isu ini Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman menyifatkan ia seperti `sudah terang lagi bersuluh’.

Beliau juga turut menjangkakan keadaan itu berlaku berikutan keangkuhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top