04/04/2018 — Mungkinkah PRU 2 Minggu Dari Sekarang?:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seakan-akan terasa bakal berlaku pada sekitar bulan ini. Perkara itu merujuk kepada kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri D Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seakan-akan terasa bakal berlaku pada sekitar bulan ini. Perkara itu merujuk kepada kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri D Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 04/04/2018 — Mungkinkah PRU 2 Minggu Dari Sekarang?:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

04/04/2018 — Mungkinkah PRU 2 Minggu Dari Sekarang?:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Mungkinkah PRU 2 Minggu Dari SekarangBahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seakan-akan terasa bakal berlaku pada sekitar bulan ini.

Perkara itu merujuk kepada kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang memberi bayangan bahawa PRU akan berlangsung paling awal dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Saya tidak tahu sama ada merupakan exco yang terakhir atau ada satu lagi mesyuarat exco, kita jangkakan mungkin akan ada satu lagi mesyuarat exco untuk kita lengkapkan mesyuarat kita (sebelum pilihan raya),” katanya diawal bicara semasa sesi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Semasa membuat kenyataan tersebut, kelihatan beberapa barisan exco memberi reaksi dengan memberikan gelakkan mesra.

Lazimnya, mesyuarat exco negeri Perak akan diadakan setiap minggu pada hari Rabu.

Sementara itu, mengulas lanjut tentang pengurusan fail-fail mesyuarat, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu bahawa segala perkara dan keputusan yang ingin diberikan perhatian telahpun disempurnakan dengan efektif dan efisien.

“Dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja pada tahun 2018, kita berjaya uruskan fail-fail pengurusan dan perhatian dalam mesyuarat exco dan dapat disempurnakan dengan efektif dan efisien.

“Kita akan terus bekerja dan keputusan-keputusan yang dibuat adalah menunjukkan kerajaan ini terus bekerja. Disebalik persiapan-persiapan terakhir untuk hadapi pilhan raya, Jadi dari segi kedudukan kerajaan negeri, sebaik sahaja pengumuman pembubaran parlimen diumumkan, maka saya akan mengadap DYMM Sultan Perak dan akan menyusul benda yang sama (pembuburan DUN),” jelas beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top