03/04/2018 — Selesaikan Cukai Segera, MPT Kesan Pemegang Akaun Tertunggak:- Datuk Abd Rahim Md Ariff Reviewed by Perak BN on . Pembayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang mempunyai akaun tunggakan diminta untuk segerakan menjelaskan pembayaran. Yang Dipertuanya, Datuk Pembayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang mempunyai akaun tunggakan diminta untuk segerakan menjelaskan pembayaran. Yang Dipertuanya, Datuk Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/04/2018 — Selesaikan Cukai Segera, MPT Kesan Pemegang Akaun Tertunggak:- Datuk Abd Rahim Md Ariff

03/04/2018 — Selesaikan Cukai Segera, MPT Kesan Pemegang Akaun Tertunggak:- Datuk Abd Rahim Md Ariff

Selesaikan Cukai Segera MPT Kesan Pemegang Akaun TertunggakPembayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang mempunyai akaun tunggakan diminta untuk segerakan menjelaskan pembayaran.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata pada masa ini pasukan penguatkuasaan cukai taksiran sedang berusaha mengesan dan seterusnya mengambil tindakaan sitaan harta alih jika didapati penduduk yang berkaitan.

Berdasarkan rekod tahun 2017, terdapat sebanyak 43,921 akaun berdepan isu tunggakan cukai yang mana sebanyak 20,000 telah berjaya menjelaskan pembayarannya.

“Pada tahun lalu, dianggarkan MPT berjaya mengutip sebanyak RM 85,000 tunggakan cukai taksiran,” katanya.

Sementara itu, Datuk Abd Rahim memberitahu pihaknya mengesan sebanyak 4,475 akaun untuk dikenakan Waran Tahanan harta alih selaras dengan peruntukkan Seksyen 147 dan 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Bagi menguruskan perkara tersebut, MPT sedang melantik panel peguam.

“MPT boleh mengambil tindakan melelong rumah jika tunggakkan cukai taksiran ini tidak dijelaskan selaras dengan dengan Seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976,” tegas beliau.

Justeru, bagi pemegang akaun yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, semakan status dan baki tunggakan boleh dibuat di kaunter cukai taksiran iaitu ditingkat bawah kaunter bayaran MPT.

“Tahun lalu MPT berjaya mengutip sebanyak RM19.5 juta cukai membabitkan cukai taksiran baharu dan tunggakan.

“Jumlah kutipan ini cukup membanggakan dan ia adalah satu rekod baru kepada MPT,” kata Datuk Abd Rahim ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPT di Taiping, baru-baru ini.

Bagi jumlah kutipan yang dipungut pada tahun ini, MPT berjaya mengutip RM9.83 juta dengan penyertaan 15,000 pemilik harta.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top