03/04/2018 — Jentera Tangkis Berita Fitnah Bersedia Di Saf Hadapan:- TS Annuar Musa Reviewed by Perak BN on . Adalah tidak mustahil, pembangkang akan menggunakan helah melemparkan berita palsu atau fitnah tatkala musim Pilihan Raya Umum yang akan datang ini. Oleh yang d Adalah tidak mustahil, pembangkang akan menggunakan helah melemparkan berita palsu atau fitnah tatkala musim Pilihan Raya Umum yang akan datang ini. Oleh yang d Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 03/04/2018 — Jentera Tangkis Berita Fitnah Bersedia Di Saf Hadapan:- TS Annuar Musa

03/04/2018 — Jentera Tangkis Berita Fitnah Bersedia Di Saf Hadapan:- TS Annuar Musa

perakbn Jentera Tangkis Berita Fitnah Bersedia Di Saf HadapanAdalah tidak mustahil, pembangkang akan menggunakan helah melemparkan berita palsu atau fitnah tatkala musim Pilihan Raya Umum yang akan datang ini.

Oleh yang demikian, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata sekurang-kurangnya 60,000 jentera penerangan ditempatkan di saf hadapan dalam mengambil tindakan menangani fitnah berkenaan.

“Jentera penerangan BN mesti berada di saf hadapan kerana kita jangka pembangkang merancang untuk sebar berita palsu termasuk di saat akhir.

“Pada PRU 13 mengingatkan kita kepada fitnah oleh seorang pemimpin pembangkang terhadap (calon Parlimen Lembah Pantai) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menyebabkan beliau kalah pada saat-saat akhir,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, tindakan membariskan jentera tersebut adalah bertepatan dengan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Annuar turut mengembalikan perihal pembangkang yang menuduh BN membawa masuk ribuan warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya lalu dan juga cerita tentang bekalan elektrik sengaja dipadamkan.

Justeru, Ketua Penerangan UMNO itu mahu jentera yang dipertanggungjawabkan untuk segera bergerak memberikan maklum balas kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara yang tidak benar.

“Saya nak ingatkan jentera penerangan BN untuk buat persiapan kerana berkemungnkinan strategi sama dengan keadaan lebih licik akan digunakan pembangkang,” kata Tamn Sri Annuar ketika ditemui pada majlis ceramah umum Tolak Pakatan Hipokrasi di Johor, Isnin malam.

Adalah tidak mustahil, pembangkang akan menggunakan helah melemparkan berita palsu atau fitnah tatkala musim Pilihan Raya Umum yang akan datang ini.

Oleh yang demikian, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata sekurang-kurangnya 60,000 jentera penerangan ditempatkan di saf hadapan dalam mengambil tindakan menangani fitnah berkenaan.

“Jentera penerangan BN mesti berada di saf hadapan kerana kita jangka pembangkang merancang untuk sebar berita palsu termasuk di saat akhir.

“Pada PRU 13 mengingatkan kita kepada fitnah oleh seorang pemimpin pembangkang terhadap (calon Parlimen Lembah Pantai) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menyebabkan beliau kalah pada saat-saat akhir,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, tindakan membariskan jentera tersebut adalah bertepatan dengan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Annuar turut mengembalikan perihal pembangkang yang menuduh BN membawa masuk ribuan warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya lalu dan juga cerita tentang bekalan elektrik sengaja dipadamkan.

Justeru, Ketua Penerangan UMNO itu mahu jentera yang dipertanggungjawabkan untuk segera bergerak memberikan maklum balas kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara yang tidak benar.

“Saya nak ingatkan jentera penerangan BN untuk buat persiapan kerana berkemungnkinan strategi sama dengan keadaan lebih licik akan digunakan pembangkang,” kata Tamn Sri Annuar ketika ditemui pada majlis ceramah umum Tolak Pakatan Hipokrasi di Johor, Isnin malam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top