02/04/2018 — PPR Kampung Chain Pemangkin Pembangunan Lenggong:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Reviewed by Perak BN on . Projek berskala besar melibatkan pembinaan 500 unit Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Chain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Lenggong. Ahli Pa Projek berskala besar melibatkan pembinaan 500 unit Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Chain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Lenggong. Ahli Pa Rating: 0
You Are Here: Home » General » 02/04/2018 — PPR Kampung Chain Pemangkin Pembangunan Lenggong:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

02/04/2018 — PPR Kampung Chain Pemangkin Pembangunan Lenggong:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

perakbn PPR Kampung Chain Pemangkin Pembangunan LenggongProjek berskala besar melibatkan pembinaan 500 unit Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Chain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Lenggong.

Ahli Parlimennya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dengan penambahan bilangan penduduk di kawasan tersebut dsekaligus dapat mengembangkan ekonomi dengan wujudkan prasarana perniagaan.

“Selain itu kita harap projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lain terutama memperbesarkan lagi bandar Lenggong yang dapat menawarkan peluang dan perkhidmatan dari segi perniagaan .

“Kita memang perlukan projek di bandar ini dan ia juga untuk tingkatkan kuasa beli rakyat.

“Saya percaya dengan projek ini, ia akan membolehkan tapak-tapak dikembangkan kerana saya percaya untuk membolehkan kawasan ini dari aspek pelancongan saya percaya ia memerlukan kemudahan dan perkembangan kawasan bandar,” katanya.

Datuk Dr Shamsul Anuar berkata demikian pada satu sidang media selepas Majlis Pecah Tanah PPR Kampung Chain di Lenggong, pada Isnin.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kehadiran Timbalan Perdana Menteri hari ini dengan sendiri menunjukkan kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan perumahan rakyat di kawasan Lenggong.

“Saya percaya dengan pembinaan projek ini selain memenuhi impian rakyat melalui skim yang tawarkan harga yang rendah sekali, ia melegakan rakyat. Diharap dengan projek ini akan lagi meningkatkan sokongan rakyat di kawasan ini kepada kerajaan,” ujar Datuk Dr Shamsul Anuar.

Projek perumahan dibawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut melibatkan pembinaan prasarana lain yang menjadi pelengkap yang mana secara keseluruhanya projek perumahan ini dijangka siap dalam tempoh 2021.

“Saya percaya dengan projek ini, ia menolak fitnah dan tohmahan pembangkang yang mengatakan projek ini gimik pilihan raya dan hari ini bukti segala-galanya.

“Projek perumahan berskala besar adalah ini dengan subsidi dengan lebih besar,” kata Datuk Dr Shamsul Anuar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top