02/04/2018 — Jual Rumah RM35,000 Bukti Negara Tidak Bankrap:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Kemampuan kerajaan dalam menyediakan rumah kepada rakyat dengan harga jualan hanya RM35,000 seunit membuktikan kestabilan ekonomi negara. Dalam hal ini, Timbala Kemampuan kerajaan dalam menyediakan rumah kepada rakyat dengan harga jualan hanya RM35,000 seunit membuktikan kestabilan ekonomi negara. Dalam hal ini, Timbala Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 02/04/2018 — Jual Rumah RM35,000 Bukti Negara Tidak Bankrap:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

02/04/2018 — Jual Rumah RM35,000 Bukti Negara Tidak Bankrap:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Jual Rumah RM35,000 Bukti Negara Tidak BankrapKemampuan kerajaan dalam menyediakan rumah kepada rakyat dengan harga jualan hanya RM35,000 seunit membuktikan kestabilan ekonomi negara.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa negara berdepan dengan situasi negara berstatus bankrap seperti mana yang dicanang oleh pihak pembangkang.

“Hanya Kerajaan yang tidak bankrap sahaja boleh jual rumah RM35,000 walaupun harga kos pembinaaa RM194,000 seunit. Maknanya kerajaaan tidak bankrap. Yang mengatakan kerajaan bankrap itu adalah mereka yang berfikiran bankrap.

“Kita tidak mahu bercerita pasal orang lain, kita mahu bercerita apa yang kita buat buat, apa yang kita sedang buat dan yang akan dibuat,”katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumhan Rakyat (PPR) Lenggong di Kampung Chain Lenggong, hari ini.

Secara keseluruhanya jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 500 unit dengan keluasan setiap rumah antara 700 kaki persegi.

Setiap rumah mempunyai tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu, dapur, anjung, halaman dan kemudahan surau.

“Sengaja saya sebutkan ini (kemudahan) supaya kita berlapang dada dan terbuka fikiran dengan mengatakan ini bukan propaganda politik, ini agenda rakyat, rakyat harus diutamakan …Orang Lenggong harus diberikan bantuan,” ucap Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid.

Dalam pelaksanaan dasar berkaitan dengan perumahan, beliau mengambil perhatian yang serius di samping turut turun padang bagi memastikan projek yang direncanakan oleh Kerajaan mencapai sasaran.

“Di dalam manifesto lalu, kerajaan melalui Kerajaan Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), jabatan perumahan, SPNB , PR1MA dan agensi lain berhasrat sediakan satu juta rumah antaranya program PPRT.

“Program PRT disini merupakan janji yang ditepati bagi melaksanakan kerajaan untuk memberikan perumahan rakyat dan orang-orang Lenggong tidak dikecualikan untuk terima nikmat ini,” kata Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid lagi yang berterima kasih dan mengagumi kerja yang dilakukan oleh wakil rakyat di sini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top