02/04/2018 — BR1M Tingkat Kuasa Beli Rakyat, Bukan Dedak:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Rakyat perlu mengenepikan tohmahan yang mengatakan BR1M sebagai ‘dedak’ kerana ia ternyata sama sekali membantu penerimanya dalam berbelanja keperluan asas. Dal Rakyat perlu mengenepikan tohmahan yang mengatakan BR1M sebagai ‘dedak’ kerana ia ternyata sama sekali membantu penerimanya dalam berbelanja keperluan asas. Dal Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 02/04/2018 — BR1M Tingkat Kuasa Beli Rakyat, Bukan Dedak:- Datuk Saarani Mohamad

02/04/2018 — BR1M Tingkat Kuasa Beli Rakyat, Bukan Dedak:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn BR1M Tingkat Kuasa Beli Rakyat Bukan DedakRakyat perlu mengenepikan tohmahan yang mengatakan BR1M sebagai ‘dedak’ kerana ia ternyata sama sekali membantu penerimanya dalam berbelanja keperluan asas.

Dalam hal ini Ketua Whip Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata istilah ‘dedak’ yang dilabelkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lebih kepada cubaan mewujudkan provokasi.

“Di pihak Tun Dr Mahathir, dia cuba buat provokasi kepada rakyat dengan harapan dengan kata BR1M itu haram maka berharap orang tidak akan terima wang itu, dengan dia sedar ada kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menunjukkan 73 peratus rakyat yang terima BR1M mahu ia diteruskan dan juga ada yang mahu nilainya ditambah.

“ Dalam erti kata lain BR1M ini membantu penerima-penerimanya,” ujar Datuk Saarani.

Kata ADUN Kota Tampan itu lagi, pengalamannya sebagai wakil rakyat turut membuktikan jumlah bantuan BR1M yang diberikan itu membantu rakyat dalam menyelesaikan pembiayaan asas seperti bil elektrik dan air.

Malah Datuk Saarani menolak kenyataan bahawa wang bantuan yang disalurkan kepada rakyat itu hanya akan mewujudkan sifat malas dalam diri penerima.

“Kita nak nafikan jika ada yang mengatakan BR1M itu menggalakkan orang malas! Kita beri kepada orang yang mereka perlukan bantuan, secara keseluruhannya orang yang cakap BR1M itu haram pun juga menerimnya.

“Termasuk pembangkang (ahli) yang kata haram pun terima, kalau tidak mereka suda telefon wakil rakyat…jadi rakyat Malaysia perlu ketepikan tohmahan kata BR1M itu sebagai dedak,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Lenggong pada Isnin.

Beliau juga mengakui akan strategi pengagihan jumlah bantuan yang dibuat sebanyak tiga kali iaitu pada awal tahun, diikuti menjelangnya sambutan Aidilfitri dan pada hujung tahun tatkala musim tengkujuh.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top