01/04/2018 — Manifesto BN Realistik, Boleh Dilaksanakan:-DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dalam membentuk dan menjanjikan sesuatu kepada rakyat, Barisan Nasional (BN) akan lebih realistik agar ia boleh dilaksanakan. Demikian kata Pengerusi BN negeri, Dalam membentuk dan menjanjikan sesuatu kepada rakyat, Barisan Nasional (BN) akan lebih realistik agar ia boleh dilaksanakan. Demikian kata Pengerusi BN negeri, Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 01/04/2018 — Manifesto BN Realistik, Boleh Dilaksanakan:-DSD Dr Zambry Abd Kadir

01/04/2018 — Manifesto BN Realistik, Boleh Dilaksanakan:-DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Manifesto BN Realistik Boleh DilaksanakanDalam membentuk dan menjanjikan sesuatu kepada rakyat, Barisan Nasional (BN) akan lebih realistik agar ia boleh dilaksanakan.

Demikian kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dalam mengulas mengenai manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mana di peringkat negeri ia menjanjikan sesuatu yang seiring dengan manifesto yang dibentuk di peringkat kebangsaan yang akan dilancarkan pada 7 April ini.

“Di peringkat negeri pula kita akan lancarkan selepas peringkat kebangsaan kerana kita mesti menunjukkan kebersamaan dan kesatuan untuk memastikan manifesto yang digubal oleh pucuk kepimpinan Barisan Nasional juga dapat diterjemahkan di peringkat negeri.

“Manakala di peringkat negeri juga kita akan sediakan seperti mana kita sediakan seperti PRU13 yang lalu,” katanya.

Tambah beliau, buat masa ini tarikg untuk melancarkan manifesto peringkat negeri masih belum diputuskan.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang ditemui pemberita pada satu sesi sidang media di Manjung hari ini, turut memberi reaksi terhadap manifesto yang dijanjikan oleh pihak pembangkang.

Katanya sebahagian besar manifesto yang dibuat telahpun dilaksanakan oleh BN.

“Manifesto mereka itu adalah apa yang kita buat, mungkin dia nak buat satu dua. Sebahagian besar, kita sudah buat.

“Apapun yang paling penting ialah apa yang realistik dan apa yang tak realistik. Saya melihat manifesto yang dikeluarkan oleh pembangkang ialah menjanjikan itu ini, sedangkan mereka perlu berhati-hati.

“Dalam konteks Barisan Nasional, kita boleh berikan sesuatu yang boleh kita laksanakan. Kita tidak mahu menjanjikan sesuatu hanya untuk menyakinkan rakyat dan hanya untuk pilihan raya semata-mata,” kata Menteri Besar itu.

Mengenai manifesto BN di Perak pada PRU13, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu ia telahpun selesai dilaksanakan dengan yang terakhir adalah mengenai pengishtiharan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai pada Oktober lalu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top