01/04/2018 — Sambut Baik Doktor Lakukan Khidmat Sukarela:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Para doktor di negeri ini dialu-alukan untuk mengikuti program yang menawarkan khidmat sukarela bagi membantu rakyat. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datu Para doktor di negeri ini dialu-alukan untuk mengikuti program yang menawarkan khidmat sukarela bagi membantu rakyat. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datu Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 01/04/2018 — Sambut Baik Doktor Lakukan Khidmat Sukarela:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

01/04/2018 — Sambut Baik Doktor Lakukan Khidmat Sukarela:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Sambut Baik Doktor Lakukan Khidmat SukarelaPara doktor di negeri ini dialu-alukan untuk mengikuti program yang menawarkan khidmat sukarela bagi membantu rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang mana beliau menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan para doktor sempena program Kendurk Rakyat di Manjung, hari ini.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor yang memberikan perkhidmatan secara percuma dan sukarela. Mereka ini terdiri daripada doktor pakar yang mana waktu cuti mereka digunakan untuk memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“Ini hasil interaksi yang saya lakukan dengan mereka yang terdiri daripada para doktor yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk diberikan,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu bahawa perkhidmatan sukarela para doktor ini pernah diberikan dalam beberapa siri program turun padang yang dianjurkan seperti program Pemukiman Menteri Besar.

“Saya mengalu-alukan kepada semua para doktor yang ingin memberi khidmat sukarela mereka kepada rakyat dan masyarakat.

“Mereka juga ada turun beri dokongan besar ketika menjayakan program pemukiman dan program-program besar,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top