31/03/2018 — Penjara Tawar Peluang Kehidupan Buat Banduan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Masyarakat perlu berubah minda dan persepsi terhadap bekas banduan dengan memberikan mereka peluang kedua untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Timbalan Perd Masyarakat perlu berubah minda dan persepsi terhadap bekas banduan dengan memberikan mereka peluang kedua untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Timbalan Perd Rating: 0
You Are Here: Home » General » 31/03/2018 — Penjara Tawar Peluang Kehidupan Buat Banduan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

31/03/2018 — Penjara Tawar Peluang Kehidupan Buat Banduan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Penjara Tawar Peluang Kehidupan Buat BanduanMasyarakat perlu berubah minda dan persepsi terhadap bekas banduan dengan memberikan mereka peluang kedua untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dalam hal ini, banduan diberikan hak dan peluang dari aspek pendidikan, kemahiran serta pekerjaan.

Merujuk kepada peluang pendidikan, terdapat dua banduan berjaya mengikuti pembelajaran di peringkat PhD, manakala tiga orang melanjutkan pengajian peringkat sarjana, 13 peringkat ijazah dan 23 diploma.

“Mana ada penjara yang ada maahad tahfiz, hanya penjara Malaysia sahaja ada. Kita ada tiga maahad tahfiz untuk banduan.

“Menerusi kendalian oleh Kerajaan Negeri, banduan yang menghafal 30 juzuk diberikan insentif RM1,000. Ada sebuah maahad di Johor, tahfiz ini selepas dia keluar ditawarkan menjadi imam di masjid dengan diberi elaun…ini kaedah pemulihan yang kita guna,” kata Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid.

Beliau berucap pada majlis Majlis Sambutan Hari Penjara ke- 228 di Tapah, pagi tadi.

Sementara itu, dari segi pencapaian pendidikan pesalah juvana, sebanyak 92.3 peratus daripada 144 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 layak mendapat sijil.

Lima orang memperoleh 9A dan 62 orang lagi memiliki sekurang-kurangnya 1A.

Jelas Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid lagi, dari aspek bidang sukan, 30 pelajar dari Sekolah Henry Gurney ditawarkan sebagai atlet bagi mewakili negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

“Mereka mewakili negeri dalam acara sukan tinju, muay thai, angkat berat dan boxing.

“Pada SUKMA sebelum ini mereka meraih sembilan emas dan enam perak.

“Kenapa kita lakukan ini? Ertinya kita jadikan mereka ini sebagai aset.

“Minda masyarakat harus diubah, beri peluang kedua kepada bekas penagih atau penjenayah ini,” demikian ucapannya.

Pafa majlis yang sama Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid turut menyempurnakan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35.

Beliau memberitahu 58 peratus jumlah banduan di penjara seluruh negara adalah mereka yang terlibat dengan jenayah dadah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top