30/03/2018 — Pembangkang Seperti Sokong Penyebaran Berita Palsu:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Mengkritik usaha memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, pembangkang seolah-olah menzahirkan rasa tidak bersungguh untuk menangani gejala tersebut. Per Mengkritik usaha memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, pembangkang seolah-olah menzahirkan rasa tidak bersungguh untuk menangani gejala tersebut. Per Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 30/03/2018 — Pembangkang Seperti Sokong Penyebaran Berita Palsu:- Datuk C Sivarraajh

30/03/2018 — Pembangkang Seperti Sokong Penyebaran Berita Palsu:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Pembangkang Seperti Sokong Penyebaran Berita PalsuMengkritik usaha memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, pembangkang seolah-olah menzahirkan rasa tidak bersungguh untuk menangani gejala tersebut.

Perkara itu disuarakan Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh yang menegaskan bahawa tanpa peruntukan undang-undang yang lengkap, sukar bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan atau menahan pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu dan tidak benar yanh sekaligus memang bertujuan untuk menimbulkan provokasi dalam kalangan masyarakat.

“Sepatutnya pengenalan akta ini disokong pembangkang, kerana ia juga akan membantu melindungi mereka dari terus difitnah pihak tertentu termasuk lawan.

“Namun, pembangkang tetap dengan pendiriannya terus menentang apa saja akta yang diperkenalkan kerajaan walaupun ia sebenarnya membawa manfaat kepada rakyat, di samping melindungi kestabilan politik dan ekonomi negara,” katanya.

Datuk Sivarraajh dalam suatu kenyataannya pada semalam, turut mengajak pembangkang untuk terus rasional dan mengakui akta tersebut akan melindungi mereka daripada sebarang fitnah negatif.

Bagaimanapun dalam masa yang sama beliau mengingatkan pengundi muda agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda penentangan yang dilakukan pembangkang terhadap akta tersebut.

Semasa sesi persidangan dewan rakyat yang berlangsung ketika ini, pembentangan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dijadual akan disambung semula pada minggu hadapan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top