30/03/2018 — Perak Capai Pendidikan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Berdasarkan rekod pencapaian pendidikan dalam tempoh lima tahun ini, Perak berjaya berada tahap kualiti yang amat baik. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Da Berdasarkan rekod pencapaian pendidikan dalam tempoh lima tahun ini, Perak berjaya berada tahap kualiti yang amat baik. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Da Rating: 0
You Are Here: Home » General » 30/03/2018 — Perak Capai Pendidikan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

30/03/2018 — Perak Capai Pendidikan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Perak Capai Pendidikan Terbaik Dalam Tempoh 5 TahunBerdasarkan rekod pencapaian pendidikan dalam tempoh lima tahun ini, Perak berjaya berada tahap kualiti yang amat baik.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Seri Manjung, hari ini.

“Saya anggap kejayaan (pendidikan) yang dicapai di seluruh negeri Perak pada tahun ini adalah membanggakan, kerana saya dimaklumakn (oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri) bahawa mereka telah berusaha secara keseluruhannya dan untuk pertama kali dalam tempoh lima tahun adalah pencapaian yang amat tinggi sekali,” katanya semasa ditemui pemberita pada sesi sidang media.

Mengenai kejayaan yang diraih oleh pelajar di sekitar Seri Manjung, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diperoleh.

“Saya berbangga dengan kejayaan mereka yang membuktikan kualiti pendidikan di negeri Perak kita semkain bertambah baik. Kejayaan mereka tentunya menggembirakan ibu bapa mereka sekaligus ianya memberikan kesan yang baik kepada alam persekolahan khususnya dalam sistem pendidikan kita.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha agar kualiti pendidikan di Perak bertambah baik melalui beberapa pendekatan iaitu antaranya dengan menyediakan peruntukan yang besar untuk tambah baik mutu pendidikan seperti mengadakan tuisyen online, dan mengadakan beberapa siri perbincangan ke arah memperbaiki mutu pembelajaran guru,” katanya,

Tambahnya, antara lain ialah pemberian insentif kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat institut pengajian tinggi (IPT) dengan menerima bantuan secara one-off.

“Inilah yang kita lakukan dan diharapkan usaha-usaha ini membolehkan anak-anak di negeri Perak berjaya mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Menerusi keputusan SPM 2017 yang diumumkan, Perak antara tiga negeri yang cemerlang dengan bilangan 734 calon memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Dari segi Indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM 2017 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.19 mata iaitu 5.17 pada tahun 2016 kepada 4.98 tahun 2017.

Secara keseluruhannya enam sekolah terbaik di negeri ini berjaya mencapai keputusan SPM cemerlang iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, SMK Raja Permaisuri Bainun dan SMKA Sultan Azlan Shah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top