30/03/2018 — Bantu Rakyat, Tanggungjawab Bersama:- Datuk Mohd Azhar Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Tindakan dan usaha untuk membantu rakyat seharusnya dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim. Bagi ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, bel Tindakan dan usaha untuk membantu rakyat seharusnya dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim. Bagi ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, bel Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 30/03/2018 — Bantu Rakyat, Tanggungjawab Bersama:- Datuk Mohd Azhar Jamaluddin

30/03/2018 — Bantu Rakyat, Tanggungjawab Bersama:- Datuk Mohd Azhar Jamaluddin

perakbn Bantu Rakyat Tanggungjawab BersamaTindakan dan usaha untuk membantu rakyat seharusnya dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim.

Bagi ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, beliau mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dan menganggap usaha membantu ini menjadi tanggungjawab bersama.

“Terima kasih kepada yang prihatin ketengahkan isu rakyat dan memberi peluang kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Inilah sistem yang kita amalkan kerana kerajaan sedia ada merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, jadi sesiapa sahaja memohon pasti tindakan akan diambil dan diselesaikan,” katanya yang dipetik daripada laporan media tempatan, pada Khamis.

Konsep kerjasama yang diamalkan ini selaras dengan pendekatan yang diambil di bawah pimpinan Barisan Nasional.

Datuk Mohd Azhar berkata demikian dalam mengulas isu muncul pihak yang tidak diketahui dan mendakwa kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di jambatan besi Kampung Bahagia dilakukannya.

Bagaimanapun, beliau terus positif dengan menegaskan bahwa segala yang dilakukan oleh Kerajaan sentiasa mengambil kira keselesaan rakyat termasuklah pembangunan yang dilakukan bersama-sama Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Apa yang penting adalah kita membantu rakyat secara berterusan dan tidak menimbulkan soal siapa buat kerja dan siapa tidak,” ujar Datuk Mohd Azhar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top