29/03/2018 — Masjid Al-Nasriah Mercu Tanda Baharu DI Sitiawan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Bakal memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 jemaah dalam satu masa, masjid Al-Nasriah di Sitiawan bakal menjadi satu mercu tanda bahawa di kawasan tersebut. Kata M Bakal memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 jemaah dalam satu masa, masjid Al-Nasriah di Sitiawan bakal menjadi satu mercu tanda bahawa di kawasan tersebut. Kata M Rating: 0
You Are Here: Home » General » 29/03/2018 — Masjid Al-Nasriah Mercu Tanda Baharu DI Sitiawan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

29/03/2018 — Masjid Al-Nasriah Mercu Tanda Baharu DI Sitiawan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Masjid Al-Nasriah Mercu Tanda Baharu DI SitiawanBakal memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 jemaah dalam satu masa, masjid Al-Nasriah di Sitiawan bakal menjadi satu mercu tanda bahawa di kawasan tersebut.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika mengadakan tinjauan ke tapak projek masjid berkenaan siang tadi, beliau menyatakan rasa puas hati terhadap perkembangan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan.

“Perkembangan kerja naik taraf masjid tersebut berjalan dengan baik dan tiada kelewatan kerja daripada pihak kontraktor. Saya harapkan dengan beberapa proses dan cadangan yang kita syorkan itu diambil kira oleh mereka.

“Secara keseluruhannya ia akan jadi mercu tanda di bandar Sitiawan, masjid inin adalah yang sedia ada tetapi diruntuhkan untuk buat baharu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kos pembinaan baharu masjid tersebut yang dianggarkan bernilai RM6 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Hadir sama semasa sesi lawatan tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkesempatan meluangkan masa beramah-mesra bersama penduduk di Kampung Kelantan Teluk Muroh.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top