28/03/2018 — Isu Pekan Kecil, Biarlah Titi Serong Bercakap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dulu hospital dan kini pembangunan pekan kecil, itu antara isu yang dibangkitkan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain yang memperlihatkan cara dia mempertikaikan Dulu hospital dan kini pembangunan pekan kecil, itu antara isu yang dibangkitkan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain yang memperlihatkan cara dia mempertikaikan Rating: 0
You Are Here: Home » General » 28/03/2018 — Isu Pekan Kecil, Biarlah Titi Serong Bercakap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

28/03/2018 — Isu Pekan Kecil, Biarlah Titi Serong Bercakap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Isu Pekan Kecil Biarlah Titi Serong BercakapDulu hospital dan kini pembangunan pekan kecil, itu antara isu yang dibangkitkan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain yang memperlihatkan cara dia mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memberikan reaksi positif yang mana katanya, isu yang dibangkitkan itu adalah hak ADUN tersebut sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak mahu berkelahi dengan ADUN Titi Serong, itu biasa isu yang dibawa… dia tahu apa Kerajaan yang nak buat, dulu (pertikaian soal) hospital dan sekarang pekan kecil pula.

“Dia nak bercakap biar dia cakap lah. Itu kebebasan dia, dia sebagai wakil rakyat biar di bercakap.

“Yang paling penting ialah kita, apakah kita mempunyai perancangan atau tidak, adakah kita sedang laksanakan seperti yang disebutkan beliau atau tidak. Jawapannya kita telah sedang dan akan laksanakan agenda pembangunan pekan-pekan skecil di seluruh negeri Perak,” kataya semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Memetik laporan akhbar tempatan pada semalam, Abu Bakar mempertikaikan pelaksanaan pembangunan pekan kecil yang masih tidak kelihatan di pekan Titi Serong seperti mana yang dipernah dibentangkan dala persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2017.

Menjawab persoalan tersebut , Datuk Seri Diraja Dr Zambry menjelaskan pembangunan sekurang-kurangnya 41 pekan kecil yang ingin dilaksanakan di seluruh negeri, bukanlah satu perkara yang dilakukan serentak.

“Tentukan Kerajaan tidak dapat lakukan sekaligus, tetapi ia dilakukan berperingkat-peringkat. Yang paling penting kerajaan memberi perhatian dan juga menyediakan pelan-pelan pembangunan keseluruhannya mengenai pekan kecil di seluruh negeri,” jelasnya kepada pemberita.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top