27/03/2018 — Naik Taraf Laluan Jelapang –Chemor, Kegunaan SUKMA Perak:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Bagi menangani masalah kesesakan di laluan Jelapang-Chemor terutama ketika menjelangnya acara Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada September, Kerajaan Negeri berse Bagi menangani masalah kesesakan di laluan Jelapang-Chemor terutama ketika menjelangnya acara Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada September, Kerajaan Negeri berse Rating: 0
You Are Here: Home » General » 27/03/2018 — Naik Taraf Laluan Jelapang –Chemor, Kegunaan SUKMA Perak:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

27/03/2018 — Naik Taraf Laluan Jelapang –Chemor, Kegunaan SUKMA Perak:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Naik Taraf Laluan Jelapang Chemor Kegunaan SUKMA PerakBagi menangani masalah kesesakan di laluan Jelapang-Chemor terutama ketika menjelangnya acara Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada September, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan hampir RM12juta bagi menaik taraf jalan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata kerja naik taraf laluan itu melibatkan RM12 juta yang mana pada fasa pertama ia melibatkan laluan sepanjang 6.5 kilometer dan dijangalk siap dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

“Kita sudahpun menyerahkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor bertanggungjawab dan dalam tempoh enam bulan ia perlu disiapkan bagi fasa pertama ini.

“Peruntukan ini merupakan peruntukan Kerajaan Negeri yang melihat keperluannya bukan sahaja untuk SUKMA tetapi keperluan penduduk,” katanya.

Tambahnya lagi, sebelum itu keperluan berkenaan pernah dimaklumkan dan dibangkitkan ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin semasa sesi sidang Dewan Undang Negeri (DUN).

Jelapang-Chemor yang berhampiran di Meru Perdana merupakan antara laluan utama ke lokasi acara menembak.

Datuk Zainol Fadzi berkata demikian selepas menyerahkan Surat Setuju Terima bagi Projek Melebar dan Memperelokkan Jalan di Laluan A1 Jelapang-Chemor di Ipoh, hari ini.

Majlis dihadiri Pengarah JKR Perak, Ir Ahameed Tarmizi Ramli dan Mohamad Ziad.

Difahamkan, projek pelebaran laluan tersebut akan bermula dari simpang Meru Raya hingga ke simpang Taman Chepor Indah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top