19/03/2018 — Umum Calon Awal, Keluar Daripada Kelaziman:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Tindakan mengumumkan calon lebih awal disifatkan dapat mengelak daripada unsur sabotaj terhadap parti mahupun calon yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14 na Tindakan mengumumkan calon lebih awal disifatkan dapat mengelak daripada unsur sabotaj terhadap parti mahupun calon yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14 na Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 19/03/2018 — Umum Calon Awal, Keluar Daripada Kelaziman:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

19/03/2018 — Umum Calon Awal, Keluar Daripada Kelaziman:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Umum Calon Awal Keluar Daripada KelazimanTindakan mengumumkan calon lebih awal disifatkan dapat mengelak daripada unsur sabotaj terhadap parti mahupun calon yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lazimnya parti akan mengumumkan nama pada hari pencalonan atau sehari sebelumnya.

” Langkah di luar kotak yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri (Diraja) Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaku Pengerusi BN itu adalah amalan yang baik dan sesuai untuk PRU-14 serta pilihan raya seterusnya.

“Kita tahu lazimnya berlaku, ada yang berkecil hati kerana merasakan dirinya patut disambung semula sebagai calon atau merasakan dirinya saja yang layak. Jadi, ada proses pemujukan secukupnya sebelum hari penamaan calon,” katanya semasa ditemui pemberita di Cyberjaya, hari ini.

Mengambil ikhtibar daripada beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini, pengumuman awal itu mampu memperkemaskan lagi jentera parti dan seterusnya berkerja dalam satu pasukan.

“…yang pernah berlaku sebelum ini apabila ada seseorang yang mempunyai pengikut mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya dan pada waktu yang sama, merosakkan undi serta melakukan sabotaj pada parti,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top