19/03/2018 — Kompleks MDPT Peroleh Sijil EKSA:- Datuk Mohd Nizar Zakaria Reviewed by Perak BN on . Pembinaan kompleks Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di Seri Iskandar mendapat pensijilan ekosistem kondusif Sektor Awam (EKSA) yang kelima Pembinaan kompleks Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di Seri Iskandar mendapat pensijilan ekosistem kondusif Sektor Awam (EKSA) yang kelima Rating: 0
You Are Here: Home » General » 19/03/2018 — Kompleks MDPT Peroleh Sijil EKSA:- Datuk Mohd Nizar Zakaria

19/03/2018 — Kompleks MDPT Peroleh Sijil EKSA:- Datuk Mohd Nizar Zakaria

perakbn Kompleks MDPT Peroleh Sijil EKSAPembinaan kompleks Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di Seri Iskandar mendapat pensijilan ekosistem kondusif Sektor Awam (EKSA) yang kelima di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata kompleks tersebut juga turut mendapat pengiktirafan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul pada papan iklannya.

“Pembinaan kompleks tersebut bukan sahaja memberi keselesaan kepada pekerja tetapi juga untuk kegunaan rakyat yang menggunakan perkhidmatan majlis daerah.

“MDPT mendapat pengiktirafan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul pada papan iklan sempena Bulan Bahasa kebangsaan peringkat Negeri Perak,” katanya semasa berucap di majlis perasmian kompleks tersebut, hari ini.

Perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang disaksikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Saljm serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir

Kompleks bernilai RM9.4 juta itu telah siap pada tahun 2013 yang mana sebelum ini ia beroperasi di Pekan Parit dan kemudian ke kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah lebih 20 tahun.

Berkeluasan 43,615 hektar, kompleks pentadbiran tersebut menyediakan ruang yang menempatkan pejabat kakitangan, bilik mesyua­rat, auditorium, surau, kaunter pandu lalu, tandas dan kafeteria.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top