18/03/2018 — Tolak Pelawaan, Sungai Besar Miliki Calon Tempatan Berpotensi:- TS Shahrizat Abdul Jalil Reviewed by Perak BN on . Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan bahawa Parlimen Sungai Besar memiliki calon tempatan yang berpotensi untuk memastikan kemenangan Ba Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan bahawa Parlimen Sungai Besar memiliki calon tempatan yang berpotensi untuk memastikan kemenangan Ba Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/03/2018 — Tolak Pelawaan, Sungai Besar Miliki Calon Tempatan Berpotensi:- TS Shahrizat Abdul Jalil

18/03/2018 — Tolak Pelawaan, Sungai Besar Miliki Calon Tempatan Berpotensi:- TS Shahrizat Abdul Jalil

perakbn Tolak Pelawaan Sungai Besar Miliki Calon Tempatan BerpotensiKetua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan bahawa Parlimen Sungai Besar memiliki calon tempatan yang berpotensi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Atas dasar itu, beliau mengumumkan keputusan bagi menolak pelawaan UMNO Bahagian Sungai Besar untuk menawarkan ‘tiket’ buat beliau menjadi wakil parti.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos (Ketua UMNO Bahagian) yang nak saya ke (bertanding) di Sungai Besar. Saya sudah berbincang dan tidak akan ke Sungai Besar.

“Saya lihat Sungai Besar ada banyak calon tempatan yang layak dan berpotensi. Saya juga telah membuat perbincangan yang lama dengan Datuk Seri Jamal (untuk menolak),” katanya.

Tan Sri Shahrizat turut memberitahu, keputusan penolakan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam pada itu, beliau mengatakan sokongan padu kepada pasukan di Sungai Besar serta calon yang akan diumumkan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14 nanti, Tan Sri Shahrizat berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti.

“Untuk saya (bertanding) biar Presiden UMNO buat keputusan tapi untuk (bertanding) Sungai Besar saya buat keputusan, saya sudah berbincnag dengan Datuk Seri Jamal, saya tidak akan ‘turun’ (bertanding) ke Sungai Besar. Mereka ada calon tempatan yang baik dan sangat berpotensi,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Jentera Wanita dan Puteri Peringkat Negeri Perak.

Hadir sama Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau turut berkesempatan memberi reaksi berhubung keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Shahrizat.

“Beliau seorang Ketua Wanita yang bertanggungjawab, tidak hanya fikirkan untuk dirinya tetapi dia lebih memikirkan tentang parti,” demikian kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry pada sidang media yang sama.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top