14/03/2018 — Lantikan Chief De Mission, SUKMA Perak Ubah Kebiasaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dalam menghargai dan mengikhtiraf pencapaian oleh atlet negara terutama yang berasal daripada negeri Perak, Kerajaan Negeri menampilkan lantikan Cheif De Missio Dalam menghargai dan mengikhtiraf pencapaian oleh atlet negara terutama yang berasal daripada negeri Perak, Kerajaan Negeri menampilkan lantikan Cheif De Missio Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/03/2018 — Lantikan Chief De Mission, SUKMA Perak Ubah Kebiasaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/03/2018 — Lantikan Chief De Mission, SUKMA Perak Ubah Kebiasaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Lantikan Chief De Mission SUKMA Perak Ubah KebiasaanDalam menghargai dan mengikhtiraf pencapaian oleh atlet negara terutama yang berasal daripada negeri Perak, Kerajaan Negeri menampilkan lantikan Cheif De Mission (CDM) dan timbalanya dalam kalangan bekas atlet.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan bekas juara negara lompat tinggi, Loo Kum Zee sebagai CDM dan atlet olahraga yang pernah bertanding di Sukan Olimpik Seoul 1988, Josephine Mary sebagai Timbalan CDM pasukan Perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 nanti.

“Loo Kum Zee terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan pencapaian yang sangat-sangat membanggakan dalam acara lompat tinggi, begitu juga Josephine Mary yang cemerlang dalam sukan olahraga.

“Kedua-dua mereka berada dalam bidang olahraga yang pernah harumkan nama negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Atas penilaian itu, maka pihak Kerajaan Negeri membuat menampilkan anak Perak yang pernah berjasa untuk turut serta aktif dalam dalam perancangan SUKMA September nanti,” katanya.

Lantikan itu diumumkan beliau selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, siang tadi.

Jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry, lazimnya lantikan dua jawatan itu digalas oleh pihak atasan.

“Kedua-dua mereka menyatakan persetujuan dan mereka akui ini sesuai pengikhtirafan.

“Harapan ini kita ingin melihat pencapaian kita daripada atlet Perak untuk tambah pingat lebih banyak dan besar, dan saya yakin SUKMA di Perak nanti akan melahirkan mereka yang berpotensi dalam bidang sukan masing-masing,” ujar beliau lagi.

Dari segi persiapan, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata venue yang terlibat sedang dalam peringkat akhir proses baikpulih serta persiapan.

“Kebanyakkan venue kejohanan kini pada tahap terakhir baik pulihnya dan selewatnya pada April ini,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top