14/03/2018 — Kuota Kawasan, Calon, BN Fokus Untuk Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa fokus utama parti adalah untuk memastikan kemenangan kepada par Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa fokus utama parti adalah untuk memastikan kemenangan kepada par Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/03/2018 — Kuota Kawasan, Calon, BN Fokus Untuk Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/03/2018 — Kuota Kawasan, Calon, BN Fokus Untuk Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kuota Kawasan Calon BN Fokus Untuk MenangPengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa fokus utama parti adalah untuk memastikan kemenangan kepada parti.

Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengisukan perihal kuota kawasan bagi komponen tertentu sekaligus siapa calon yang akan dipertandingkan.

“Dalam Barisan Nasional itu kita buat penilaian yang akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional, Soal parti dan siapa dan wakil rakyat yang akan kekal kawasannya untuk bertanding akan bergantung kepada pucuk kepimpinan.

“Jika tidak boleh bertanding di kawasan berkenaan, dan peluang untuk menang agak sukar, maka kita perlu cari kaedah yang lain, kita kena tegaskan aspek ini,” ujar beliau semasa ditemui pemberita di Ipoh, pada Rabu.

Beliau turut menjelaskan, apa juga keputusan yang dibuat, BN sentiasa mengamalkan konsep perbincangan dan bersepakat bagi apa juga keputusan yang ingin dicapai.

“Kita akan buat keputusan berdasarkan bersama. Kita akan melihat kedudukan di setiap tempat, mungkin kawasan tempat yang dimiliki oleh komponen ini..dalam masa yang sama kita perlu buat pernilaian dalam pastikan Barisan Nasioanl menang di setiap kawasan.

“Saya ingin katakan, jika berdasarkan satu-satu tempat itu, hanya melihat kepada kuota namun akhirnya tidak beri kemenangan kepada BN, ia tidak beri hasil apa-apa,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top