14/03/2018 — Bertanding Dua Kawasan, Bukan Soal Tiada Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Bukanlah suatu kelainan atau kejutan, bagi seseorang calon Pilihan Raya itu bertanding di dua kawasan iaitu di DUN dan Parlimen. Dalam hal ini, Pengerusi Barisa Bukanlah suatu kelainan atau kejutan, bagi seseorang calon Pilihan Raya itu bertanding di dua kawasan iaitu di DUN dan Parlimen. Dalam hal ini, Pengerusi Barisa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/03/2018 — Bertanding Dua Kawasan, Bukan Soal Tiada Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/03/2018 — Bertanding Dua Kawasan, Bukan Soal Tiada Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Bertanding Dua Kawasan Bukan Soal Tiada CalonBukanlah suatu kelainan atau kejutan, bagi seseorang calon Pilihan Raya itu bertanding di dua kawasan iaitu di DUN dan Parlimen.

Dalam hal ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa, keputusan tersebut diambil kerana isu tiada calon untuk dipertandingkan.

“Ini bukan merupakan kelainan (bertanding di DUN dan Parlimen) atau menggambarkan kita sudah tiada calon. Kalau alasan itu digunakan , pembangkang pun sama lah.

“Jika ini berlaku ini bergantung kepada keinginan kepimpinana yang mahu perkhidmatan calon berkenaan,” ujar beliau semasa sesi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, pada Rabu.

Di peringkat negeri Perak, pihaknya akan membuat penilaian dari semasa ke semasa sama ada keperluan menempatkan seorang calon bagi mewakili dua kawasan.

“Kita tidak kata menutup pintu untuk beri peluang kepada calon berpotensi yang dahulunya dia bertanding di DUN dan akan datang bertanding ke Parlimen atau bertanding dua- dua, ia bukanlah satu kejutan kerana ini adalah amalan dimana-mana,” jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan pembangkang dan BN menamakan satu nama bagi dua kawasan.

Mengenai calon di Perak, Menteri Besar itu berkata serahan telah dibuat dan hanya menanti pengumuman oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Senarai dah serahkan, kita sedang menanti saat-saat akhir pembubaran parlimen,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top