14/03/2018 — Bekalan Air Ke Sawah Mencukupi:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Kesemua kawasan jelapang padi di negeri ini menerima sumber bekalan air yang mencukupi meskipun pada masa ini negeri di Semenanjung mengalami keadaan cuaca pana Kesemua kawasan jelapang padi di negeri ini menerima sumber bekalan air yang mencukupi meskipun pada masa ini negeri di Semenanjung mengalami keadaan cuaca pana Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/03/2018 — Bekalan Air Ke Sawah Mencukupi:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

14/03/2018 — Bekalan Air Ke Sawah Mencukupi:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Bekalan Air Ke Sawah MencukupiKesemua kawasan jelapang padi di negeri ini menerima sumber bekalan air yang mencukupi meskipun pada masa ini negeri di Semenanjung mengalami keadaan cuaca panas dan kering.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dalam kenyataan berkata Bagi Musim Tanaman Padi 1/2018 jadual pengairan berjalan seperti biasa dan mengikut jadual perancangan tanpa sebarang penangguhan jadual buat ketika ini.

“Begitu juga bagi kawasan jelapang padi di Sg Manik dan di Seberang Perak. Jadual pengairan berjalan seperti yang dijadualkan tanpa penangguhan jadual memandangkan status bekalan air di Sg. Perak di Teluk Sena dan di Sg. Batang di Sg.Manik berada melebihi daripada paras normal,” katanya.

Bagi kawasan di Perak Tengah, kawasan pengairan Bota Lambor dan Bota Kiri ditangguhkan jadual pengairannya selama dua minggu lewat.

Sepatutnya pengairan disalurkan pada esok namun dilewatkan pada 1 April nanti.

Kata Datuk Zainol Fadzi lagi, penangguhan ini dibuat memandangkan paras air Sg Perak di kedua dua lokasi ini agak rendah sedikit daripada paras normal bagi tujuan pengepaman air.

“Walaupun paras air di kawasan jelapang dan di luar jelapang padi kini kebanyakannya masih lagi berada di tahap melebihi daripada paras normal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri (JPS) akan terus memantau keadaan cuaca dan taburan hujan,” demikian kenyataannya.

Tindakan ini dibuat bagi memastikan maklumat segera dan tepat dapat disalurkan kepada petani.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa empangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang Sungai Perak berada pada paras yang mencukupi dan terkawal untuk disalurkan ke loji-loji JPS dan loji rawatan air Lembaga Air Perak(LAP).

Di empangan Temengor, paras air adalah takat 242.95 meter berbanding paras minimum 238 meter dan empangan Chenderoh adalah 60.01 meter berbanding paras minimum 59 meter.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top