13/03/2018 — Siapa Sahaja Calon, Tiada Masalah:- Khairul Shahril Mohamed Reviewed by Perak BN on . Pemuda UMNO Parit, Khairul Shahril Mohamed menjelaskan pihaknya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja calon yang akan dipertandingkan oleh Barisan Nasional (BN) Pemuda UMNO Parit, Khairul Shahril Mohamed menjelaskan pihaknya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja calon yang akan dipertandingkan oleh Barisan Nasional (BN) Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/03/2018 — Siapa Sahaja Calon, Tiada Masalah:- Khairul Shahril Mohamed

13/03/2018 — Siapa Sahaja Calon, Tiada Masalah:- Khairul Shahril Mohamed

perakbn Siapa Sahaja Calon Tiada MasalahPemuda UMNO Parit, Khairul Shahril Mohamed menjelaskan pihaknya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja calon yang akan dipertandingkan oleh Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen itu.

Memetik sebuah laporan media digital hari ini, beliau berkata tidak kira sama ada wakil BN adalah muka lama mahupun muka baharu, sayap berkenaan komited untuk memberi sokongan sepenuhnya.

“Inilah ketetapan yang dibuat BN, kepimpian dan penyokong BN yang mana kita lebih mementingkan parti berbanding individu.

“Kita yakin dan percaya pucuk pimpinan lebih arif dari segi menilai dan menentukan siapa yang sesuai untuk dijadikan calon bagi membawa bendera BN nanti.

“Sesiapa sahaja diangkat, kita ‘no problem’ (tiada masalah),” kata Khaiul Shahril yang ditemui di Ipoh.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Parit memilih untuk bersifat terbuka dan akan menyerahkan segala keputusan berkenaan pemilhan calon ahli parlimennya pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata pihaknya tidak ambil pusing sama ada pucuk pimpinan mahu mengekalkan muka lama ataupun mengemukakan calon baharu kerana baginya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 adalah keutamaannya selama ini.

“Inilah ketetapan yang yang dibuat BN, kepimpian dan penyokong BN yang mana kita lebih mementinhkan parti berbanding individu.

“Kita yakin dan percaya pucuk pimpinan lebih arif dari segi menilai dan menentukan siapa yang sesuai untuk dijadikan calon bagi membawa bendera BN nanti

“Selaku pemimpin saya lebih mementingkan hierarki parti namun, akhirnya sesiapa sahaja diangkat, kita ‘no problem’ (tiada masalah),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Difahamkan terdapat cadangan yang diketengahkan dalam kalangan penduduk tempatan di Parit agar pihak parti menampilkan muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pada PRU13, calon BN Datuk Mohd Zaim Abu Hasan berjaya menewaskan calon Pas, Muhammad Ismi Mat Taib dengan undi majoriti sebanyak 4,497.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top