13/03/2018 — Kesiapsiagaan Tahap Tertinggi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengakui tahap kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) b Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengakui tahap kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) b Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/03/2018 — Kesiapsiagaan Tahap Tertinggi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

13/03/2018 — Kesiapsiagaan Tahap Tertinggi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kesiapsiagaan Tahap TertinggiMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengakui tahap kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) berada pada tahap yang baik.

Perkara itu dinyatakan menerusi Facebook rasmi beliau selepas melancarkan Jentera PRU Parlimen Lumut yang dihadiri lebih 8,000 orang pada malam tadi.

“We are ready! Lebih 8,000 memenuhi EMV Hall bagi Pelancaran Jentera PRU Parlimen Lumut. Kesiapsiagaan tahap tertinggi. #PRU14 #Lumut #PerakNegeriku,” demikian petikan beliau.

Selaku Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata barisannya mempunyai pendekatan tersendiri bagi memastikan persiapan pilihan raya dilakukan memenuhi segenap segi.

“Saya amat berpuas hati dengan tahap persediaan dan kedudukan jentera BN negeri yang ada, semangat ini membuktikan kita sudah pun dalam keadaan siap sedia ‘berperang’ hadapi PRU.

“Kita tidak perlu buang masa berceramah atau melemparkan tuduhan dengan memaki hamun, sebaliknya terus mendekati rakyat melalui pelbagai program secara bersama,” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada sesi sidang media.

Bertemakan ‘Perak Negeriku, Barisan Nasional Pilihanku’, pelancaran jentera ini dijangka adalah yang terakhir diumumkan tarikh PRU14.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top